Uncategorized

Pesakit Dakwa Doktor Kejam Biarkan Patah Berselisih, Pakar Ortopedik Ini Tampil Beri Respond.

Pesakit ini dikatakan mengalami kepatahan tulang humerus (tulang tangan antara sendi bahu dan siku) dan doktor TIDAK buat apa-apa dan dibiarkan sebulan tanpa rawatan.

Cuba anda tengok xray pesakit ni baik-baik.

Kalau saya sendiri pun sebagai Pakar Ortopedik, saya TIDAK akan buat apa-apa!

Kepatahan sebegini TIDAK memerlukan pembedahan dan cuma perlu dipasang simen untuk tempoh 6 minggu.

Kepatahan akan bercantum sepenuhnya dalam 3-4 bulan. Bukan semua kepatahan perlu dibedah! Jika anda tengok Xray pesakit ini betul-betul, SUDAH ADA TULANG BAHARU YANG TUMBUH, yang disebut sebagai callus, yang telah tumbuh di tempat kepatahan itu berlaku.

Dikatakan tulang pesakit ini berselisih.

Selisih yang ada itu amat minimal sebenarnya. Tulang kita ada sifat yang dikenali sebagai “remodelling” dimana ia akan membetulkan sendiri sedikit perselisihan antara tulang sekiranya ada.

Tulang pesakit ini akan bercantum dengan elok. Kedudukan tulang adalah ‘acceptable’ iaitu alignment tulang dalam kedudukan yang BOLEH DITERIMA bagi ia berfungsi dengan normal. Ia sudah pun dalam proses penyembuhan kerana tulang baharu sudah banyak yang tumbuh.

Tulang yang sudah dalam proses penyembuhan ini dipatahkan kembali dalam keadaan pesakit sedar. Dihentak hidup-hidup. Pesakit ini menjerit kesakitan sambil menggigit kain.

Anda tak dengar ke jeritan pesakit ni??

Jika di hospital, jika kami perlu melakukan CMR (Closed Manual Reduction) atau bahasa pasarnya, nak masukkan balik, kami akan beri ubat tidur (sedation).

Kami pun pandai la masukkan balik. Di hospital kami ada xray dan image intensifier untuk pastikan tulang dimasukkan dengan betul. Bukan main pakai mata kasar atau mata hati sahaja.

Sanggup anda biarkan saudara/ibu anda kesakitan sebegini?

Ada yang mengatakan pesakit ni tersenyum selepas dirawat. Memang la dah boleh senyum sebab sudah dibalut dan di ‘splint’. Cuba anda tengok masa beliau sedang dirawat, betapa sakitnya pesakit ini.

Tulang yang baru nak bercantum dihentakkan agar kembali patah, kononnya hendak dimasukkan kembali. Tiada apa pun yang keluar, tiada apa pun yang hendak dimasukkan.

Pada mulanya siap ditekan di bahagian bahu lagi, sedangkan berdasarkan xray, sendi bahu pesakit ini adalah normal. Sekali lagi saya ulangi, kepatahan ini akan sembuh seperti sediakala sekiranya dibiarkan dalam simen U-slab yang dipasang doktor.

Jika benar sudah sebulan, pesakit ini hanya perlu memakai simen untuk 2 minggu sahaja lagi.

Tapi apakan daya, sudah elok-elok tulang nak baik, dipatahkan kembali. Seperti saya katakan dalam post saya sebelum ini, masyarakat kita ramai yang terlalu percayakan perubatan tradisional.

Kesian betul saya tengok pesakit ni meraung. Macamana la sampai hati manusia yang sanggup bawa pesakit ni ke sini.Terpulanglah. Kami hanya boleh memberi penerangan, anda yang buat keputusan.

PS Harap pesakit ini (atau doktor yang merawat bila pesakit ni datang hospital semula nanti, sure datang balik punya…) dapat buat xray balik lepas patah dah bercantum dan post dalam FB. Rasa nak tengok hasilnya macamana lepas ‘dimasukkan’ kembali…

#DrMahyuddin
#MedicalMythbustersMalaysia
#MedTweetMY

Kredit : Mahyuddin Mohamed

Leave a Reply