Automotive, Info Semasa, Tips, Travel

PLUS Tawar Rebat Tol Sehingga 30 Peratus Sempena Aidilfitri

Pengguna lebuhraya PLUS tidak lama lagi akan menikmati rebat tol sehingga 30% sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Hal ini dibuat ke atas semua kenderaan Kelas 1 yang melalui perjalanan lebih daripada 100km di atas lebuhraya PLUS pada tarikh 19, 20, 21, 28 dan 29 Jun, dan juga termasuk 3 Julai.

Rebat 30% ini diberikan kepada transaksi yang menggunakan kad PLUSMiles. Untuk lain-lain transaksi elektronik seperti Touch ‘n Go, rebat sebanyak 10% diberikan.

Sepanjang 6 hari ini, pengguna PLUS akan dikenakan bayaran yang sama seperti biasa ke atas semua transaksi, tetapi rebat itu akan dimasukkan semula ke dalam kad apabila anda membuat tambah nilai antara 15 Julai hingga 17 Oktober di mana-mana pusat pelanggan lebuhraya PLUS.

Tetapi, rebat tol ini tidak boleh didapatkan melalui transaksi yang dilakukan di plaza tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan jambatan Pulau Pinang.

Jadi, mulakan pelan anda untuk balik kampung mengikut tarikh yang telah didetapkan di atas untuk membuat bayar tol yang lebih rendah!

Sumber: Bernama

Leave a Reply