Automotive, Info Semasa, menarik, Tips, Travel

Proton Tawar Pemeriksaan Keselamatan 20-Poin Sempena Hari Raya

Proton kini sedang menawarkan pelanggannya pemeriksaan keselamatan 20-poin secara percuma di semua pusat servis pada bulan Jun ini sempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pengeluar kereta ini juga kini sedang bekerjasama dengan Petronas untuk menawarkan khidmat pemeriksaan percuma ini bersama-sama dengan kempen Coffee Break yang dijalankan oleh Petronas.

Proton mengatakan pengendali LDP, Litrak, mendekati syarikat tersebut untuk mewujudkan satu stesyen mudah alih di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Pemeriksaan keselamatan mudah alih yang percuma ini akan diadakan di kawasan R&R Petaling Jaya – menghala Sunway dari arah Puchong – dari 20 hingga 22 Jun bermula pada 10 pagi dan berakhir pada 5 petang.

Pasukan pemeriksaan mudah alih ini juga akan tiba di 4 stesyen Petronas di Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan bermula dari 21 hingga 23 Jun, 10 pagi hingga 5 petang.

Pemeriksaan keselamatan ini akan merangkumi bunga dan tekanan tayar, sistem brek, operasi pedal pada brek dan klac, suspensi, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, semua suis, paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, stereng, bahan pendingin dan pencuci bilah.

Pemilik Proton juga turut diberikan sedikit hadiah tanda terima kasih oleh syarikat tersebut kepada semua pelanggannya.

Leave a Reply