Santai

Rasa Cemburu Gurunya Senyum Pada Rakannya, Murid Ini Beri Surat Cinta Luah Rasa Hati.

Tular di media sosial mengenai sehelai surat yang dikirim seorang murid yang bernama Fatimah kepada gurunya yang bernama Hanafi.

Memetik kandungan surat tersebut, Fatimah meluahkan perasaan cemburunya kerana guru tersebut melemparkan senyuman kepada rakannya yang bernama Shila.

“Assalamualaikum cikgu hensem, semalam cikgu senyum pada Shila, saya cemburu tau. Cikgu minggu lepas dan senyum pada saya. Saya dah terima cinta cikgu. Cikgu jangan mainkan cinta saya boleh? Boleh tak? Cakap lah? Saya menangis ni cikgu. Saya cuti hari ini sebab sakit hati, mak saya belum tahu.”

Lebih mencuit hati, murid ini seperti seorang yang gigih. Meskipun terdapat sedikit kesalahan ejaannya, dia mengambil keputusan untuk membetulkan kesilapannya sebelum mengutus surat itu kepada gurunya.

Sumber : Viral D Viral

Leave a Reply