Viral

Rasa Lelaki Setia Sukar Dicari Pada Zaman Ini? Tunggu Hingga Anda Baca Cerita Ini

Lelaki yang setia sukar dicari. Itu ialah satu hakikat kehidupan zaman moden, namun di sebaliknya, masih ada insan yang sanggup bersendiri kerana kehilangan insan yang disayangi.
TunangANSeorang pengguna Twitter yang menggunakan handle @yon_shappler menceritakan pengalamannya berbual dengan seorang lelaki yang dirawat di katil berselahannya di wad sebuah hospital:

***

Here’s a story about this pakcik. Nama dia Abdullah bin Mohammed. Cerita hidup dia sangat sedih. Cerita dia macam ini. Dia sebatang kara. Tak ada isteri tak ada anak. Seorang diri di hospital. Dia duduk sebelah katil aku. saja tergerak hati tanya pakcik ini:

“Pakcik seorang saja, ke? Mana anak bini?”

Jawabnya:

“Pakcik tak ada siapa-siapa. Pakcik seorang diri dari dulu.”

Jadi aku tanyalah kenapa seorang diri? Kenapa tak kahwin? Okay, here we go.

Jadi dia jawab “dulu pakcik ada tunang”. Jadi I asked him. Putus tunang, ke ? No. His tunang meninggal sebab kemalangan.

One day, ada concert XPDC dekat Damansara around 30 years ago. Jadi dia ajak tunang dia pergi konsert tu. At first, tunang dia tak nak ikut.

Selepas itu dia macam ajak juga tunang dia ikut. Naik RXZ lampu petak dia. Masa ni dia gurau lagi.

Zaman RXZ ni zaman muda pakcik, lah.

Jadi tiba dekat bukit apa entah dekat Damansara, dia dengan tunang dia kemalangan. Dia patah kaki. Tunang dia luka sedikit-sedikit. But masa itu dia tersepit motor.

Untuk selamatkan pakcik tu, jadi tunang dia lari pergi dekat pakcik tu. Kemudian tiba-tiba ada lori langgar and seret tunang dia depan mata dia.

Tunang dia mati dekat situ. Depan mata pakcik tu.

Pakcik Abdullah cakap, sampai sekarang dia tak maafkan diri dia. Sebab tu dia tak kahwin-kahwin. Dia takkan lupakan tunang dia ni.

Aku memula macam pujuklah pakcik ini. Bukan salah dia. Selepas itu, aku pusing tepi nak ambik telefon. Tengok-tengok dia dah menangis.

Sumpah rasa bersalah gila. Dia menangis tu seolah-olah tunang dia baru saja meninggal pagi tadi. Padahal dah 30 tahun lebih dah.

Sumpah hati aku sebak. Entah kenapa menitik air mata. Weh, mana nak cari lelaki setia macam ni dah zaman sekarang?

Kalau jadi dekat diri aku, rasanya aku tak sekuat pakcik ni. Entah mampu ke tidak aku nak tanggung perasaan macam ni.

***

Memang benar, lelaki seperti Pakcik Abdullah kini hampir pupus, mungkin hanya satu dalam sejuta.

Bersama kita doakan agar Pakcik Abdullah dan tunangnya akan bertemu semula di alam yang kekal abadi nanti. –amazingnara.com

Sumber: Y ö n


Leave a Reply