Fashion

Replica Baju T Mark Zuckerberg Boleh Didapatkan Pada Harga RM200

Baju signature Mark Zuckerberg menjadi bualan ramai kerana nampak sangat simple yang warna kelabu yang sering dipakai. Mamat ni ada satu warna je baju dia tetapi baju tersebut sangatlah mahal.

Baju Mark Zuckerberg merupakan rekaan pereka fashion Itali Brunello Cucinelli. Baju tersebut dikatakan bernilai antara RM1,300 hingga RM1,700.

Klaus Buchroithner CEO Online Fashion Store di Eropah Vresh mengeluarkan replica untuk T-Shirt iconic Mark tersebut dengan harga 10% dari cost baju tersebut. Replica kan, mesti la lebih murah. Material pun tidak la sama.

Menurut Klaus, baju Mark memang tidak boleh dibuat 100% kerana harganya sangat mahal jadi mereka mengeluarkan high quality replica yang menyerupai original version.

‘Zuckerberg Shirt’ yang dijual menmggunakan 100% cotton dan bahan untuk kain tersebut diperoleh dari pembekal dari Itali untuk memberikan kualiti yang sama seperti baju original.

Klaus memberikan ‘Zuckerberg Shirt’ warranty selama 8 tahun. Beliau menjanjikan kualiti yang terbaik untuk baju yang akan dikeluarkan. 8 Tahun warranty adalah jaminan yang kuat untuk kualiti baju tersebut.

Keuntungan dari jualan ‘Zuckerberg Shirt’ akan disalurkan kepada Chan Zuckerberg Initiative yang membantu untuk membangunakan potensi manusia dari segi kesihatan, pendidikan, kajian scientific dan tenaga.

Untuk dapatkan baju ini, anda boleh ke lama rasmi Zuckerberg Shirt

Leave a Reply