Santai

‘Reverse Psychology’: Ubah Anak Lelaki ‘Lembut’, Kembali Kepada Fitrah Kejadian.

Sewaktu bertugas sebagai guru kaunseling, ada pelajar yang mempunyai masalah konflik identit. Pelajar dibawa ke Kem Azhar di Morib dan beberapa kem untuk bina jati diri.

2. Buat program lasak

Pelajar-pelajar ini perlu melibatkan diri dalam melakukan aktiviti program lasak yang disediakan oleh guru, khas untuk mereka.

3. Boikot pelajar lelaki lembut

Berpakat dengan semua guru-guru untuk boikot pelajar dengan krisis identity ini, dan ‘kutuk’ pasal lelaki lembut. Secara tidak langsung, mereka akan ‘tension’ dan akhirnya dating ke bilik kaunseling. Di sini pendekatan main Tarik tali digunakan.

4. Hargai pelajar

Berikan pelajar ini tanggungjawab yang sesuai. Berikan mereka tugasan seorang pelajar lelaki dan aktiviti lasak.

5. Hadiri sesi kaunseling individu & kelompok

Sesi ini penting dalam beri kesedaran kepada pelajar akan tanggungjawab peribadi. Bantu mereka fahamkan fitrah kejadian sebagai lelaki. Pemikiran pelajar ini kena ‘twist’, dan ingatkan tentang keistimewaan lelaki.

6. Berikan kerja lelaki

Sikap ‘lembut’ pelajar perlu dikesan dari awal, guru kena peka dan cepat tangani. Jika Nampak mereka ini ‘lembut’ berikan kerja-kerja lelaki.

7. Luaskan pergaulan dengan lelaki tulen

Bapa di rumah perlu memainkan peranan, rapatkan diri dengan anak lelaki. Biar mereka tahu betapa seronoknya menjadi seorang lelaki tulen.

8. Mak jangan beri anak lelaki ini kerja perempuan

Kemas rumah, memasak, dan sebagainya, jangan sesekali mak minta anak ini buat kerja perempuan, walaupun dalam rumah Cuma ada satu-satunya nak lelaki yang boleh harap, lagi-lagi bila anak itu ada ciri-ciri lembut.

Berilah mereka kerja panjat memanjat yang melibatkan cara orang lelaki.

Hasilnya

Pelajar lelaki ‘lembut’ yang menerima 8 pendekatan ini, kembali menjadi lelaki sejati dan ramai yang sudah berjaya, Alhamdulillah.

Ada yang menjadi guru, kaunselor, peguam dan sebagainya.

Sumber : Mingguan Wanita

Comments 1

  1. nana

    entah la nk ckp, bapak aku tu pandai masak (lg sedap dr emak aku masak) pandai jahit (baju kurung, seluar koyak, langsing umah semua die jahit) yg tak pandai kemas umah je. tp hebat gk kalo betulkan wiring, betulkan paip, siapkan kerja sekolah seni aku lebih2 lg kalo kena buat layang2, terus die buat wau. mmg berseni la tgn ayah aku. paling best time tadika dlu, kostum pakaian beragam tu bapak aku jahit tak payah pon beli. menang gk no. 1. bkn masalah nye kurang aktiviti lelaki dan asyik suro buat keje umah, masalah nye pengaruh rakan sebaya dan mind set ‘aku pompuan dalam lelaki tu yg kuat’. patutnye sebagai ayah mainkan peranan selalu ada dgn anak2. terapkan nilai moral dan agama apa yg salah dan kenapa benda tu salah dan akibat kalo salah buat pilihan. guru2 jgn herdik, bler nmpk murid bermasalah ni jd pembimbing mereka. bkn suro panjat pokok ke apa, suro g surau tu wat keje amal, cat dinding surau, pasang atap, bersihkan kawasan masjid. tu yg betul. p/s: ayah aku tu tak lembut walaupun die pandai memasak, menjahit dan bela anak2. tetap gk lelaki sejati yg mampu sara n lindungi keluarga.

Leave a Reply