Info Semasa, Macam-Macam, Manusia, Tips, Viral

RTM Haramkan Lagu ‘Despacito’ Untuk Diudarakan

Lagu yang menarik ini telah memecahkan rekod streaming global dengan 4.6 bilion kali dimainkan di atas macam-macam platform.

Lagu hit global, ‘Despacito’, telah menyebabkan kontroversi di Malaysia dan ada beberapa pihak yang meminta agar lagu ini diharamkan daripada diudarakan di radio dan televisyen.

Menurut satu laporan media yang dikeluarkan pada 19 Julai yang lalu, Parti Amanah Negara telah menggesa agar kerajaan mengenakan sekatan untuk menghentikan stesyen radio di negara ini daripada memainkan lagu tersebut kerana kandungan lirknya yang berunsur seksual.

Atriza Umar, pengerusi bahagian Seni & Budaya di bawah naungan parti tersebut mengatakan bahawa Despacito dan lain-lain lagu yang berunsurkan seksual dan keganasan patut diharamkan kerana ianya tidak menepati budaya Asia dan juga agama Islam.

Perkara ini menimbulkan kebimbangan kerana semakin ramai kanak-kanak menyanyikan lagu tersebut tanpa mengetahui maksud dalam liriknya.

“Saya kesal kerana lagu ini tidak ditapis oleh kementerian yang berkenaan.”

“Kami menghormati hak untuk bergembira tetapi sepatutnya ada garis panduan yang jelas agar ianya tidak menghancurkan orang tetapi membuatkan kita lebih baik,” tambahnya lagi.

Despacito bermaksud ‘perlahan-lahan’ dalam bahasa Sepanyol dan ianya satu lagu yang menjadi viral dalam dunia media.

Lagu yang dimainkan oleh artis Puerto Rico, Luis Fonsi, bersama-sama dengan seorang penyanyi rapper, Daddy Yankee, mula diudarakan pada bulan Januari.

Satu versi remix dengan penyanyi popular, Justin Bieber, dikeluarkan pada bulan April dan telah mencapai lebih ramai pendengar.

Lagu tersebut telah memecah rekod dengan menjadi lagu paling cepat mencapai 2 bilion view (dalam masa 154 hari sahaja) dan menjadi lagu paling selalu dimainkan menjelang 19 Julai yang lalu.

Pada 19 Julai jugalah siaran radio RTM membuat keputusan untuk menghentikan lagu Despacito daripada diudarakan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak berkata, keputusan untuk menghentikan siaran lagu tersebut dibuat selepas meneliti kandungan lirik lagu tersebut.

“Siaran radio hanyalah satu daripada macam-macam platform untuk orang awam, terutamanya kanak-kanak, untuk mendengar lagu tersebut.”

“Oleh yang demikian, kami meminta agar stesyen radio lebih sensitif terhadap budaya tempatan dan menapis lagu yang diudarakan atau buang sebahagian daripada lagu tersebut,” katanya.

Keputusan RTM untuk menghentikan lagu Despacito telah menerima macam-macam reaksi daripada rakyat Malaysia.

Ada yang bersetuju bahawa lagu tersebut tidak sesuai untuk semua peringkat umur kerana kandungan lirknya.

Ada juga netizen yang menyuarakan pendapat mereka dengan mengkritik keputusan tersebut dengan mengatakan bahawa Despacito hanyalah satu lagu dan liriknya tidak patut dijadikan punca untuk dihentikan siaran.

Mereka mengatakan gerak langkah ini akan menjadi satu garis panduan baru dan menyebabkan pada masa hadapan orang ramai tidak dapat menikmati lagu yang mereka sukakan.

Ramai juga yang mengatakan bahawa gerak ini tidak masuk akal kerana orang ramai masih boleh mendengar lagu tersebut secara atas talian jika mereka mahu.

Leave a Reply