Marvel

Sekuel Terbaru Dari Marvel Membawakan Black Panther Ke Layar Perak

Marvel akan mengeluarkan sekuel terbaru untuk Watak Superhero Black Panther di layar perak tidak lama lagi. Sekuel yang dilakukan pada sekal besar ini menarik minat ramai penonton filem adiwira keluaran Marvel ini.

Satu gallery gambar yang dikeluarkan oleh Entertainment Weekly menjadi viral di laman sosial. Tajuk ‘Battle of Warrior Falls,’ a holy place in Wakanda sangat mengujakan para peminat Marvel.

Watak Black Panther diperkenalkan semula oleh Marvel di dalam filem Captain America: Civil War.

Filem ini juga turut mempamerkan nama besar dalam industri seperti Forest Whitaker, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Angela Bassett, dan Andy Serkis

Latar belakang filem ini adalah berdasarkan Wakanda iaitu Negara Afrika yang tersembunyi yang kaya dengan Vibranium iaitu sejenis besi yang kuat seperti digunakan untuk membuat perisai Captain America. Disebabkan mempunyai sumber yang mahal, negara tersebut mempunyai teknologi yang lebih maju. Seperti suit Black panther sendiri yang diperbuat dari Vibranium.

Leave a Reply