Info Semasa, Tips

Selepas 32 Tahun, Ms Paint Dari Microsoft Dihentikan Pembangunannya

Ms Paint, aplikasi pertama yang dikeluarkan oleh Microsoft untuk menghasilkan ‘seni’ bakal ditutup penggunaannya pada platform Windows.

Microsoft telah membuat pengumuman minggu lalu untuk menghentikan pembangunan aplikasi Ms Paint ini ke atas platform Windows 10 bermula bulan September akan datang.

Walau bagaimanapun, Microsoft turut memberi kenyataan bahawa aplikasi ini masih lagi boleh dimuat turun melalui Windows Store.

“Hari ini kita dapat lihat orang ramai memberikan sokongan dan detik-detik nostalgia mengelilingi Ms Paint. Apa yang kita dapat lihat ialah selamat 32 tahun kewujudannya, Ms Paint mempunyai ramai peminat.

“MS Paint akan sentiasa ada bersama kita, cuma kali ini ia akan terima rumah yang baru, di dalam Windows Store di mana ianya boleh dimuat turun secara percuma,” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

Microsoft juga tidak lupa untuk mengingatkan orang ramai bahawa versi Paint 3D yang ada di dalam platform Windows 10 boleh melakukan kebanyakan ciri-ciri yang ada pada aplikasi asal Ms Paint.

Oktober yang lalu, Paint 3D dikeluarkan sebagai satu penambahbaik ke atas aplikasi Ms Paint dan ianya mampu menghasilkan seni dalam bentuk 3D. Ianya akan digunakan pada platform Windows semasa dan juga masa akan datang.

Ramai yang menggunakan aplikasi Ms Paint memandangkan ianya aplikasi ubahsuai gambar yang mudah untuk menghasilkan lukisan dan coretan yang mudah.

Tetapi jangan biarkan ianya menipu anda, kerana ada artis di luar sana menggunakan aplikasi Ms Paint ini untuk menghasilkan seni gambar yang agak memukau!

Apa-apa pun, kami akan sentiasa menggunakan Ms Paint buat selamanya!

Leave a Reply