Misteri

Selepas Hampir 24 Tahun, Ini Yang Aku Lihat Bila Berkunjung Semula Ke “Mimaland”

Pasti masih ramai yang belum tahu terdapat lokasi sebuah pusat taman rekreasi bernama Mimaland pernah beroperasi suatu ketika dahulu. Namun, taman itu telah ditutup atas beberapa kes mahkamah yang dihadapi.

Mimaland adalah singkatan bagi “Malaysia In Miniature Land“ taman tema pertama dan terhebat sekitar 80-an. Selepas insiden mati lemas disalah satu kolam di situ, Mimaland diarahkan tutup!

Pagi 18 Feb 2017 kami 80 orang diketuai oleh saudara Itek Kejam, cuba mengimbau kembali kenangan hebat Mimaland satu ketika dulu.

Dan seperti kebiasaannya saya akan membawa bersama anak-anak untuk trip sepak daun ini. Selesai bacaan doa, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Perjalanan adventure sepak daun diteruskan dengan mengharungi semak-samun dan pokok-pokok tinggi yang sudah 24 tahun tumbuh liar setelah Mimaland ini ditutup.

Melawat kolam utama Mimaland yang masih terdapat air walaupun jauh sudut hati kami terpanggil untuk terjun kedalamnya!

Kemudian kami dibawa untuk melihat kolam popular di Mimaland satu ketika dulu, “Super Splash”! Yang tinggal hanya tapak tangga sahaja.

Dihadapannya kolam mandi yang sudah ditumbuhi semak samun. Kami melangkah dengan lebih berhati hari kerana kawasan semak samun membuatkan kami risau akan kehadiran biantang berbisa.

Tapak motel-motel Mimaland untuk pelawat suatu ketika dahulu yang tinggal kini hanyalah tiang-tiang dan bumbung mereput yang menunggu masa untuk menyembah bumi.

Di sinilah dikatakan entiti paranormal sering kelihatan bila menjelang waktu malam.

Ditapak “Carnival Area” yang popular untuk pelawat kanak-kanak masih lagi kelihatan bumbung bangunan serta didalamnya beberapa mainan kanak-kanak yang masih boleh terdapat disitu serta ruang-ruang bilik khas permainan.

Dan acara kemuncak trip sepak daun kali ini adalah melawat “Animal Kingdom”. Kami harus mendaki bukit-bukit yang terdapat disini untuk sampai ke kawasan tersebut.

Masih terdapat beberapa arca-arca dinosaur yang masih kekal kukuh disitu. Keriangan kami tidak dapat dibendung lagi apabila anda dikalangan kami mengimbau kenangan-kenangan lalu ketika bergambar disini.

Sesungguhnya lawatan ke Mimaland tidak akan lengkap sekiranya tidak kesini ketika dulu!

Kata kata orang diluar sana yang Mimaland ini berhantu, sememangnya kurang tepat sekiranya mereka datang melawat pada siang hari!

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

Kredit : The Vocket

Comments 1

  1. Ibu

    My favourite place suatu masa dahulu, kenangan zaman kanak2

Leave a Reply