Viral

Selva Kumar Subbiah Belasah, Rogol Dan Liwat Mangsanya

Selva Kumar Subbiah, ialah seorang perogol bersiri warganegara Malaysia yang telah dipenjarakan selama 24 tahun pada 1992 oleh pihak berkuasa Kanada setelah didapati bersalah terhadap 19 tuduhan serangan seksual melibatkan  30 wanita.
selvaBagaimanapun, polis Kanada percaya mangsanya yang sebenar berjumlah sekurang-kurangnya 500 orang dan dipercayai mencapai 1,000 orang.

Menurut cancrime.org, Selva menipu mangsanya dengan mendakwa dia ialah pencari bakat seni dan model, namun dia kemudiannya akan memberi minuman mengandungi dadah kepada mangsanya sebelum merogol, meliwat dan mencabul mereka.

Suka belasah wanita

Pada tahun 1985, Selva telah menjalinkan hubungan dengan wanita berusia 21 tahun yang didominasi secara psikologi olehnya. Mata wanita itu berbekas hitam dipercayai dipukul oleh Selva. Wanita ini didapati didera berulang kali, adakala ditumbuk, ditampar termasuk dipukul dengan kayu. Selva sering menarik rambut wanita itu dan dia juga sering dibelasah, dipercayai dalam tempoh masa lapan bulan.

Salah seorang isteri Selva didapati lebam di mata, manakala bibirnya bengkak dan terbelah dipercayai ditumbuk. Isteri ini juga pernah ditolak dari tangga menyebabkan kecederaan. Pada tahun 1989, isterinya telah dihempuk di kepala dengan telefon, menyebabkan luka dan bengkak. Pada satu ketika, isterinya ditampar dengan kuat sehingga menyebabkan salah satu jarinya patah. Isterinya juga didapati melecur akibat serdak senjata api yang dipercayai diajukan ke belakang wanita itu oleh Selva.

Pada tahun 1987, seorang wanita berusia 18 tahun ialah salah seorang mangsa kepada tabiat Selva menggunakan minuman yang dimasukkan dadah untuk mengelakkan mangsa melawan semasa diserang secara seksual. Satu hubungan cinta yang disulami dominasi psikologi telah berlaku antara Selva dengan gadis ini selama enam bulan. Sepanjang tempoh itu, Selva berulang kali menampar dan memukulnya, menyebabkan hidung patah, mata lebam dan luka. Ada kalanya, gadis ini diugut akan dikurung dalam satu kandang bersama harimau kumbang yang dipelihara oleh Selva di rumahnya. Gadis ini juga diberi dadah setiap kali Selva melakukan seks dengannya. Gadis ini dipercayai mendapat kesan secara psikologi dari perbuatan Selva.

Perbuatan Selva dipercayai telah meninggalkan kesan psikologi yang sangat buruk dan serius terhadap sejumlah wanita yang menjadi mangsanya. Antara mangsa Selva ialah gadis berusia 13 dan 17 tahun.

Sewaktu ditahan, polis telah menemui bahan-bahan seperti pelbagai jenis dadah, gambar gadis muda dalam keadaan bogel dan pakaian dilucutkan, dan gambar Subbiah melakukan serangan seksual terhadap semua gadis itu.

Tulis nama mangsa dalam buku dan beri markah pada serangan yang dilakukan

Polis juga memperoleh sebuah buku yang ditulis 400 nama wanita beserta keterangan, dan satu sistem pemarkahan oleh Selva terhadap serangan seksual yang dilakukannya. Apakah darjah keseriusan serangan seksual yang dilakukan terhadap kesemua mereka tidak diketahui kerana anda antara mereka enggan memberikan keterangan kepada polis.

Disebabkan Selva menggunakan dadah untuk melakukan seks dengan wanita, ada antara wanita itu jatuh sakit. Salah seorang wanita yang menjadi mangsa Selva telah menunjukkan ‘gelang amaran’  dari hospital yang memberitahu dadah boleh menyebabkan kesan serius kepada tubuhnya, tetapi Selva tetap memberi wanita itu dadah.

Guna senjata

Selva juga dikatakan menggunakan senjata untuk memaksa mangsa-mangsa supaya akur dengan kehendaknya. Antara yang digunakan ialah senjata api, replika senjata api dan binatang liar yang dipelihara di rumahnya.

Selva juga dikatakan tidak menyesal malah memperkecilkan keseriusan jenayah yang telah dilakukannya seperti diperhatikan dalam program pemulihan penjenayah di penjara. Pada tahun 2002, pihak penjara menangkap Selva menganggu dan memanipulasi wanita dari dalam penjara supaya menghantar gambar bogel kepadanya atau berbual tentang seks di telefon.

Risiko mengulangi jenayah yang tinggi

Selva juga didapati mempunyai risiko yang tinggi untuk mengulangi jenayah seksual dan keganasannya, malah enggan memberi kerjasama kepada pihak penjara untuk menilai perlakuannya pada tahun 2008. Apa yang diperhatikan, Selva langsung tidak mempunyai empati tehadap para mangsanya dan menolak untuk terus mengikuti program pemulihan penjenayah seks yang sepatutnya dia ikuti.

Sudah rancang untuk kembali diterima di Malaysia

Pada tahun 2008, Selva telah menulis satu surat mengenai rencana kebebasannya ke Malaysia. Dalam rencananya, Selva menulis yang dia mendapat sokongan kuat di Malaysia, dan penyokongnya juga sedar mengenai sejarah jenayah seks yang telah dilakukannya dan mereka akan membantunya untuk membina kewangan yang stabil, serta dia menyatakan perancangan untuk kembali diterima menjadi ahli masyarakat Malaysia. Selva mendakwa risikonya untuk kembali melakukan jenayah ialah ‘sifar’.

Bagaimanapun dalam pelannya, Selva gagal menyebut mengenai bentuk program pemulihan penjenayah seks yang bakal diikutinya di Malaysia, dan pemulihan seperti itu sangat disyorkan kepada Selva di Malaysia. Dia sepatutnya dibebaskan pada tahun 2009, bagaimanapun diperintahkan oleh mahkamah untuk terus dipenjarakan sehingga 2017 kerana dia terlalu berbahaya untuk dibebaskan.

Ditikam banduan lain ketika dalam penjara

Pada tahun 2009, Selva telah ditikam sebanyak enam kali oleh rakan banduannya ketika dalam penjara kawalan maksimum, Kingston Penitentiary. Bagaimanapun, kecederaan Selva berbentuk luaran dan dia kembali ke penjara setelah dirawat tiga hari kemudian. Selva juga dikatakan telah membina reputasi sebagai seorang ‘pemanipulasi’ dalam penjara.

Telah kembali

Selva telah kembali ke Malaysia dan tiba di Kuala Lumpur dua hari lepas. Polis dikatakan telah merakam percakapan Selva setelah dia tiba dan dia kini bebas untuk tinggal di mana saja dalam Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak.

Seperti laporan BERNAMA, menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sebagai bekas banduan yang telah bebas, Selva Kumar, kini berusia 56 tahun, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak perlu melapor diri di mana-mana balai polis dan dia bebas untuk bergerak seperti rakyat Malaysia yang lain.-amazingnara.com

Sumber: cancrime.org


Leave a Reply