Info Semasa, Kreatif, Makanan, menarik

Semua Orang Pernah Makan Lemang… Tapi Ada Tak Yang Pernah Makan Dari Tumbuhan Berbisa?

Lemang boleh dikatakan makanan paling umph ketika musim perayaan orang Melayu. Walaupun lebih banyak orang menggunakan ketupat dalam iklan dan logo, tetapi sesiapa yang pernah mengunjungi rumah terbuka, mesti akan cari lemang dulu. Ketupat biasanya mesti habis lambat banding dengan lemang.

Biasanya lemang diperbuat daripada beras pulut diletakkan dalam daun pisang yang disumbat ke dalam buluh bersama-sama dengan sedikit air dan santan. Kemudiannya dibakar dalam api terbuka.

Tapi pernah tak korang tengok lemang dibuat menggunakan pokok periuk kera? Jenis masakan ini mula mendapat perhatian orang ramai tahun lepas, tetapi sebenarnya di Sabah & Sarawak sudah lama wujud lemang periuk kera ni!

Lemang periuk kera ini adalah sejenis makanan bermusim, di mana biasanya ketika bulan Ramadan sahaja dijual di bazaar. Mungkin juga boleh dijumpai di beberapa rumah terbuka, tetapi yang mana belum pernah tengok, mesti terkedu kejap.

Jangan takut. Pokok periuk kera ini datang dalam macam-macam spesis. Tak semua berbahaya. Periuk kera yang digunakan untuk membuat lemang dipilih dari keluarga yang tidak berbahaya dan dicuci secukupnya sebelum memulakan masakan.

Satu perbezaan ketara dalam penyediaan antara lemang biasa dengan lemang periuk kera adalah cara masakannya. Lemang biasa dibakar dengan api secara terbuka manakala lemang periuk kera ini dikukus seperti ketupat.

Tak pasti lah dekat KL ni ada ke orang jual benda ni? Ada antara kita yang pernah berkunjung ke bazaar nampak orang jual lemang periuk kera ni?

Admin pun nak try lah sebab tak pernah tengok apatah lagi merasa.

Comments 1

  1. Joy

    Ya kita kat swk biasa masak pulut camtu kalo malas nak ayam ketupat.slalunya mak sy akan rendam periuk kera smlmn utk buang segala kotoran then nx morning baru kukus..rasanya sedap dan berlemak dr ketupat biasa

Leave a Reply