Seorang Datuk Dari Romania Diiktiraf Lelaki Tertua Di Dunia

Seorang lelaki dari Romania telah diiktiraf menjadi lelaki tertua di dunia pada usia 111 tahun.

“Ia merupakan satu penghormatan apabila dipilih secara rasmi sebagai lelaki tertua di dunia dan mewakili Romania di peringkat tertinggi! Perasaannya amat luar biasa! ”

Dumitru Comanescu, yang tinggal di Bucharest Center for Seniors dilahirkan pada 8 November 1908, di Provi?a de Jos, Dr?g?neasa, di daerah Prahova.

Ketika ditanya tentang apakah rahsia disebalik umurnya yang panjang, Comanescu dengan senang hati berkata kasih sayang daripada isteri, anak lelaki, dan cucunya menjadikan hidupnya sentiasa tenang dan gembira.

Advertisement

“Saya doakan ada yang akan mengatasi umur saya.” 

Comanescu merupakan lulusan universiti pada tahun 1933 dan bekerja sebagai jurutera pertanian dan patologi tanaman selama lebih 70 tahun.

Dia telah melalui sejumlah peristiwa penting yang berlaku di dalam sejarah dunia, termasuklah kedua-dua perang dunia, diperintah puluhan diktator tentera Romania, dan juga melalui zaman pemerintahan penjajahan Kesatuan Soviet di Romania pada tahun 1944 dan 1958.

Pada bulan Februari tahun ini, dia diisytiharkan sebagai “warga Romania tertua di kota Bucharest”.

Dewan Bandaraya Bucharest menganugerahkan kepadanya $ A1742 dan sebuah plak kehormatan sebagai tanda penghormatan kepada hidupnya dan sumbangan untuk pembangunan masyarakat dan komuniti kota Bucharest. Ia juga sebagai penghormatan dan penghargaan kepada warga tua Bucharest.

Pengiktirafan The Guinness World Records

The Guinness World Records telah mengesahkan Comanescu sebagai lelaki tertua di dunia setelah Bob Weighton (gambar) meninggal dunia kerana barah pada usia 112 tahun.

Menurut keluarganya, Weighton merupakan seorang bekas jurutera dan guru dari Hampshire di selatan England, menderita penyakit barah dan meninggal semasa tidur di rumahnya sendiri.

“Kami sangat bersyukur bahawa sehingga akhir hayatnya Bob tetap menjadi ayah dan datuk yang cerdas, baik hati, berpengetahuan, ceria dan kami akan sangat merindukannya.”

Manusia tertua yang pernah dikenali adalah merupakan Kane Tanaka dari Jepun, berusia 117 tahun.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments