Comel, Haiwan, menarik

Seorang Lelaki Mengambil Seekor Kucing Liar & Suatu Hari Melahirkan 6 Ekor Kucing ‘Istimewa’

Seorang lelaki menemui seekor kucing liar dan membawanya pulang ke rumah. Kucing itu menyerupai kucing-kucing yang lain, namun bulunya adalah sedikit berbeza di mana ianya berbentuk seperti harimau leopard.

Lelaki itu tidak berfikir panjang tentang perkara itu dan membela kucing tersebut sama seperti kucing biasa.

Kucing itu bunting suatu hari dan akhirnya melahirkan 6 ekor anak kucing yang sangat cantik dan comel. Bulu anak kucing ini semuanya adalah sama seperti ibunya. Hal ini membuatkan pemilik kucing ini berasa pelik suatu hari memandangkan kucingnya kelihatan lain daripada kucing-kucing biasa.

Kerana sifat ingin tahu, lelaki ini membawa kucing miliknya itu berjumpa dengan seorang doktor haiwan.

“Ini bukan kucing biasa, ini kucing Leopard Cats!” kata doktor haiwan tersebut.

Kucing leopard ini adalah sangat jarang dijumpai, sangat mahal, dan kebanyakan negara tidak memberikan permit untuk membela kucing leopard sebagai haiwan peliharaan.

Menurut Wikipedia, kucing leopard (Prionailurus Bengalensis) merupakan kucing liar kecil yang berasal dari benua Selatan, Tenggara dan Asia Timur.

Sejak tahun 2002, spesis kucing ini diletakkan dalam carta sebagai antara spesis yang tidak membimbangkan dalam carta IUCN Red List memandangkan ianya diedarkan secara meluas.

Namun begitu, spesis ini terancam akibat daripada kehilangan habitat dan turut diburu.

Jujur comel kucing ini. Ada ke di Malaysia orang bela kucing ini?

Leave a Reply