Info Semasa, Inspirasi, kagum, Tips, Viral

Sewa RM1 Sahaja Di Puchong Untuk Keluarga Yang Mahu Jaga Pesakit Di Hospital Kerajaan

Betapa murninya nilai yang ada pada insan yang digelar Kuan Chee Heng ini yang menawarkan orang ramai sewa rumah dengan penghawa dingin hanya pada harga RM1 semalam dan tambang 10 sen menaiki kereta bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berhampiran.

Inilah yang ditawarkan beliau atas konsep Rumah RM1 bagi keluarga pesakit yang tidak mampu untuk menyewa tempat untung berulang alik ke hospital kerajaan bagi melawat dan menjaga ahli keluarga yang sedang sakit.

Idea ini tercetus kerana beliau melihat ramai keluarga yang menghadapi kesukaran apabila ahli keluarga sakit sehingga terpaksa tidur di dalam kerena di kawasan parkir hospital demi menjaga keluarga yang tidak sihat.

Beliau memang sudah lama dikenali ramai dengan aktibviti kebajikan masyarakat.

“Mereka ini tidak mempunyai pilihan dan bukanlah berasal daripada keluarga senang untuk isi minyak, bayar tol setiap hari berulang alik melihat ibu, ayah atau ahli keluarga yang terlantar sakit di hospital.

“Jadi pilihan yang ada mungkin tidur di dalam kereta, itupun kalau ada kereta sebab itu saya cetuskan idea Rumah RM1 ini untuk beri kemudahan kepada mereka yang dalam kesusahan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Rumah RM1 di Taman Puchong Utama, beberapa hari yang lalu.

Leave a Reply