Info Semasa, Kejam, Macam-Macam, Manusia, Pemandangan, tempat

Sewa Sangkar; Hidup Bagaikan Haiwan Dalam Kandang Di Hong Kong

Hong Kong suatu ketika dahulu merupakan satu koloni yang mengharungi satu kejutan ekonomi yang menyebabkan ramai penduduk setempat di sana menghadapi masalah untuk kejar perkembangan ekonomi yang pesat lalu tercicir atau ketinggalan.

Hasil dari pembangunan yang sangat pesat ini menyebabkan jurang pendapatan yang sangat jauh berbeza antara orang kaya dan miskin. Mereka yang miskin terpaksa tinggal di flat yang usang, ada juga yang sehingga terpaksa tinggal secara haram di tempat-tempat terpencil.

Kebanyakan penduduk di kawasan flat usang ini terdiri daripada pekerja buruh, penggangur dan juga dikerumuni oleh orang tua yang tinggal secara bersendirian. Ada juga keluarga yang datang dari tanah besar China untuk mencari rezeki di Hong Kong.

Sebelum ini kami pernah berkongsi satu entri yang menunjukkan rumah sewa yang sangat kecil di Hong Kong yang disewa pada harga mencecah RM4,000 sebulan!

Tahukah anda, yang mampu menyewa sebuah rumah sebegitu masih lagi dianggap berpendapatan tinggi dalam kalangan orang miskin. Ini kerana ada yang lebih teruk di mana mereka terpaksa menyewa sangkar dan hidup bagaikan haiwan dalam kurungan.

Anda lihatlah sendiri gambar-gambar di bawah ini yang menunjukkan para penyewa yang hidup dalam rumah kongsi secara beramai-ramai di dalam sangkar. Bagaikan haiwan di dalam kandang!

Yang lebih menyedihkan lagi, kebanyakan daripada mereka yang menyewa sangkar di Hong Kong ini terdiri daripada golongan warga emas.

Comments 1

  1. Anonymous

    Sedihnya

Leave a Reply