Info Semasa

Siaran Lagu Despacito Ditarik Balik, RTM Henti Siar Di Semua Saluran Radio & TV.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memberhentikan serta merta siaran lagu hit Despacito di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM selepas menerima aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

“Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

Lagu Despacito yang menampilkan penyanyi Luis Fonsi, Daddy Yankee bersama Justin Bieber itu kini memegang tempat teratas dalam carta Hot 100 Billboard.com selepas 26 minggu berada dalam carta tersebut.

Menurut Ok.co.uk, Despacito bermakna slowly (perlahan) dan lirik lagunya menceritakan tentang bersenggama secara perlahan.

Sumber : BernamaOk.co.uk

Leave a Reply