Info Semasa

Sorok “Toyol” Dalam Kuku Jari, Pelajar Fizik Ini Dapat Pujian Portal Reddit. Genius!

Seorang pelajar mata pelajaran fizik telah mendapat pujian di Reddit kerana dia berkongsi menyorokkan toyol menggunakan cara yang ‘genius dengan menyelitkan toyol-toyol kecil itu di celahan kuku jarinya.

Menerusi satu posting yang dinamakan ‘Nailed the Exam’, pengguna Reddit Blood_Reaper itu dipercayai tinggal di UK.

Beliau berkongsi bagaimana dia menulis formula-formula di dalam cebisan kertas kecil sebelum dilekatkan di dalam kuku jari.

“Distance = Speed x Time (Jarak = Kelajuan x Masa)”, tulis salah satu toyol tersebut.

Tindakannya menggunakan toyol itu bagaimanapun dikecam oleh ramai orang, namun ada yang menyifatkan strategi itu sesuatu yang agak bijak.

Salah seorang pengguna Reddit menyifatkan wanita terbabit membazirkan masa menyimpan formula-formula yang mudah di dalam cebisan itu.

“Dan saya fikir, dia membazirkan masa dan tenaga untuk melekatkan kertas-kertas kecil itu dari belajar betul-betul”.

Sumber : Dailystar

Leave a Reply