Santai

Suami Bukan Sekadar Pasangan Tetapi Sebagai Kawan Dan Harapan Kepada Isteri

Anak-anak tak sihat, Farrel kena ulser, nak tumbuh gigi, demam, batuk dan selesema. Aldric pula kena selesema dan batuk. Alahai, tak tenang langsung hati aku memikirkan El jaga anak-anak tak sihat kat rumah termasuk diri dia sendiri.

Aku pun nak bercakap punya susah, batuk, selesema dan pening kepala je lately ni. Lepas settle anak-anak tadi, aku duduk borak dengan El mengimbau zaman kita orang muda dulu. Zaman bujang yang penuh dengan kenangan, selalu juga aku borak dengan El pasal zaman muda.

Saja nak membarakan cinta yang kekadang terleka dek kesibukan kerja dan rumahtangga, lebih-lebih lagi anak-anak baru nak membesar ni. Aku tanya El, “Macam mana kalau sekarang you masih bekerja kat Maybank lagi, boleh ke handle kerja, suami, anak-anak dengan rumahtangga?”

El tak jawab tapi dia tanya aku balik, “Patutnya i yang tanya you, boleh ke you handle masalah baran you tu kalau i bekerja?” Kah kah kah. Dengan yakinnya aku takkan boleh sebab bila teringat zaman dia kerja bank dan belum kahwin dulu, boleh ke penjara aku bang.

Dengan customer tua gatalnya, customer hantar bunga, coklat, kuih setiap petang, ada yang sanggup tukar nombor giliran dengan orang lain semata-mata nak berurusan dengan El. Sebelum kahwin mak mertua aku pernah bagitahu yang dia tak setuju sangat El nak kahwin masa umur 23 tahun, masih muda dan baru 6 bulan bekerja, duit pun El tak sempat kumpul lagi.

“Paling penting auntie nak Nina (panggilan El kat rumah) bekerja, penat-penat dia sambung belajar, baru nak start ada karier so auntie tak nak dia duduk rumah sesaja”. Dengan gagahnya aku balas, “Saya nak anak auntie, saya tanggung semua perbelanjaan dari A-Z dan in shaa Allah saya akan izinkan dia bekerja.”

Antara barang hantaran kereta Honda Jazz 2014, duit hantaran RM24,444.44, mas kahwin RM1,402.15 (tarikh nikah 14.02.15), gelang dan cincin RM25,000.00 serta serba satu. Lepas je kahwin, first day El nak masuk kerja balik aku tanya “You nak pergi mana siap-siap ni?” El balas “Kan cuti i dah habis, i nak kena masuk kerja ni”.

Aku tanya dia satu soalan je, “Siapa benarkan you bekerja ni?”

“Ala, you dah janji dengan i dan mama yang you nak bagi i kerja, i nak buat apa kat rumah kalau tak kerja?”

“You isteri i, you tanggungjawab i, satu hari nanti susah macam mana sekalipun i takkan benarkan you bekerja sayang”.

Aku suami dan aku tahu cara aku adalah yang terbaik buat isteri. So dengan rela dalam keterpaksaan, menangis dan sedih dekat seminggu, aku butakan mata pekakkan telinga dan bayar gaji El sebulan kat Maybank sebab dia terpaksa tender 24 hours.

Dah masuk tahun ketiga berkahwin, El tak ada kawan, tak ada zaman muda, tak ada berjalan sana sini dengan kawan hanya dengan keluarga, tak ada tengok movie ke apa ke dah. Semua hanya untuk dan dengan aku, suami serta anak-anak.

Lagi berapa puluh tahun dia akan menghambakan diri pada perkahwinan dan tanggungjawab pada keluarga terutama anak-anak yang comel tapi semakin membuas? Berbaloi ke hantaran dan belanja yang aku sebagai suami bagi pada dia selama dia hidup dengan aku ni? Berbaloi ke?

Masa muda dia dah tak ada, karier dia pun dah berlalu pergi. Aku kesian, tapi aku suami ada ego dan maruah. Aku berniaga tapi isteri aku bekerja dari jam 8.30 pagi – 6.00 petang, mana mungkin aku akan benarkan.

Adakah aku suami pemusnah impian isteri?

Sebab tu suka aku pesan, nafkah adalah tanggungjawab suami, nafkah adalah hak isteri dan anak-anak.
Ingat, ada 5 nafkah utama yang penting dari suami untuk isteri.

1. Tempat tinggal yang disukai/diredhai isteri.
2. Minimum dua persalinan baru setahun.
3. Alatan mandian & kebersihan isteri.
4. Makan dan minum setiap hari.
5. Nafkah batin.

Tips aku dalam menjaga keharmonian dalam rumahtangga, berterus-teranglah tentang ekonomi keluarga samada susah ataupun masa kau senang. Biar isteri yang berstatus suri rumah ni “bekerja” atau terlibat sama dalam merancang masa depan keluarga

Apa nak takut? Takut member cakap yang kau takut bini sebab bini urus kewangan? Masa aku susah lepas kahwin sebab bisnes banyak yang drop, wanita bergelar isteri inilah yang “bodoh” cakap aku hebat, aku boleh bangkit kembali. Betul, dia memang bodoh.

Bodoh membiarkan kariernya berlalu pergi. Bodoh kerana rela melihat impian hidupnya musnah demi sebuah perkahwinan yang belum tentu kesudahannya. Setiap orang ada perjalanan dan hala tuju masing-masing, bersyukur dengan apa yang kita ada dan terusanlah berpimpinan tangan. Genggam sekuat-kuatnya, percaya aturan Allah.

Tapi kebodohan dia benar, aku bangkit kembali berkat doa orang tua dan isteri. Percaya rezeki anak-anak, rezeki dan doa dari seorang isteri kurniaan Ilahi. Jangan ikut cakap segelintir kawan-kawan tak guna kau tu, nescaya akan meletuslah ego sombong seorang lelaki atau suami dan akan terjadinya pergaduhan antara kau dengan isteri.

Isteri boleh menghambakan diri pada kau dan keluarga, kau cuma kena berjimat cermat, cuma perlu merancang dan menyimpan untuk masa depan isteri dan anak-anak, tak boleh? Bila orang nak kahwin, kau pun nak kahwin tapi tak selami dan dalami apa itu makna sebuah perkahwinan, masalah.

Pengorbanan.
Perkongsian.
Pemberian.
Penyatuan.

Nafkah batin bukan hanya berjimak atau nak sedap saja. Puji isteri, gembirakan hati dia. Cakap yang baik-baik, itu barulah antara nafkah batin. Jangan asik berjimak je dalam kepala tu. Usahalah kita sebagai suami supaya boleh banggakan isteri dan anak-anak, boleh beri yang terbaik untuk dia orang. Jangan asik nak goyang telor harap semua isteri yang buat.

Tak ada istilah cuti bagi isteri terutama suri rumah. 24/7, 356 hari bekerja untuk keluarga tanpa merungut dan ikhlas seikhlas-ikhlas manusia ciptaanNya. Tak salah langsung utamakan isteri, orang tua sebab yang mendoakan kita bila tak ada nanti hanya dari doa isteri solehah, anak-anak yang soleh.

Kawan-kawan mana nak doakan kita setiap kali habis sembahyang? Berapa lama je dia orang ingat kita?
Siapa je ingat kita? Siapa? Dan sampai bila? Semoga bermanfaat dan sebagai suami juga lelaki, jangan ambil mudah soal perkahwinan. Jangan.

Bukan minta dipuji, bukan tunjuk hebat, setiap suami masih belajar dan setiap hari masih melakukan kesilapan tapi ini hanya semata-mata nukilan buat aku serta kalian. Suami, bagi isteri kitalah pasangannya, kitalah harapannya dan hanya kitalah kawannya.

#SuamiMithali

Sumber : Mizan Dzai

Leave a Reply