Santai

Suami Gemar Tengok Bahan Lucah Di FB, Pernah Berzina Dengan Janda Dari Group Lucah.

Saya mohon nasihat atas masalah yang saya dan suami hadapi ini. Suami saya mempunyai tabiat gemar membaca dan melihat bahan lucah di media sosia, suka join group lucah Facebook (contohnya group janda sangap, group kelab mencari jodoh dll).

Yang terbaru, dia suka berchatting dengan perempuan lain di Facebook Messengers. Sudah tiga kali saya tangkap suami melakukan perbuatan ini. Dari tahun 2009 sehinggalah yang kali terakhir, semalam.

Pada kali yang kedua, suami saya ada menjalinkan hubungan cinta dan sudah berzina dengan salah seorang janda dalam group tersebut. Hati saya remuk, hanya Allah saja yang tahu.

Pernah terlintas di fikiran untuk bercerai. Namun disebabkan sayang pada anak-anak, saya teguhkan hati dan redha dengan ujian dari Allah ini.

Semalam saya mendapati suami ada bersembang dengan seorang wanita (isteri tentera) di Facebook Messengers. Bila diperiksa, akaun itu baru dibuka tiga hari yang lalu. Saya meminta suami pilih, sama ada mahukan saya dan keluarga atau buang kegiatan buruknya itu.

Suami berjanji dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.

Saya dah suami juga akan membuat perjanjian bertulis dengan peguam dan kalau suami buat hal lagi, maka jatuhlah talak bagi saya dan suami tidak boleh menuntut hak penjagaan anak-anak.

Saya rasa terkilan dengan suami, hati saya juga sudah tawar. Patutkah saya memaafkan suami? Patutkah saya buat perjanjian seperti itu?

Untuk pengetahuan, suami saya berumur awal 40-an. Kami mempunyai empat orang cahaya mata.

Persoalan saya, benarkan suami saya akan berubah? Kalau suami tidak berubah, sah ke saya buat perjanjian dengan peguam untuk berpisah dan mengikut haluan masing-masing?

Entah berapa kali lagi saya mampu bertahan dengan perangai suami. Tolonglah saya.

Sumber

Comments 3

  1. Anonymous

    tinggal je laa laki camtu..xde faedah pun..dan x rugi..org kate klu umur dh 40 tp perangai x berubah,mmg xkn berubah smpai bl2..

  2. Sara

    Sbrnya… semua perbuatan kita atau suami yg baik dan jahat secara bersembunyi atau tidak akan berbalik kepada kehidupan kita.. maybe anak2 dan keturunan jadi liar, kena sakit kronik x sembuh2, malapetaka mslh menimpa x ada jalan penyelesaian … . mungkin lepas 2 tahun 10 tahun ke … dia akan lupa dosa2nya.. tp Allah x pernah lupa tentang itu… bersiap sedialah…

    jadi sblm membuat dosa besar.. terutama zina, homo , sihir dan sbgi.. renungkan lah…

  3. bella

    be a high class pornstar for ur husband, laki tgk porn, kita join skali dgn laki kita tgk porn, learn everymove. seriously laki mana xsuka bini layan best kat ranjang…. confirm hari2 teringat bini. make ur move..seorang isteri bukan sekadar housewife je.

Leave a Reply