Info Semasa, Inspirasi, kagum, menarik

Sudah Setahun Malaysia Amalkan Pengasingan Sampah. Sejauh Mana Pencapaian Kita?

Sudah setaun sejak Malaysia mula menguatkuasakan pengasingan sampah pada 1 Jun 2016 yang lalu. Perkara ini tidak dijalankan di seluruh Malaysia, cuma Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Melaka, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan & Johor.

Secara asasnya, perkara ini dilaksanakan secara berperingkat bermula 1 September 2015 yang lalu, tetapi hanya dikuatkuasakan bermula 1 Jun 2016. Pulau Pinang pula turut bersama dalam usaha ini pada Jun 2016 dan mula berkuatkuasa 1 Jun tahun ini.

Kerajaan berhasrat agar usaha ini akan meningkatkan tahap kitar semula sampah pada tahap 22% menjelang 2020. Memang niat yang mulia, tetapi sejauh mana keberkesanan perkara ini sejak ia dimulakan?

Kita berjaya mengurangkan sebanyak 237,000 tan sisa pepejal dalam masa 4 bulan!

Pada Oktober 2016, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan mengumumkan bahawa jumlah sisa pepejal yang dikutip dalam masa 4 bulan (bermula 1 Jun) ialah 1,558,370 tan berbanding 1,795,548 tan yang biasanya dikutip dalam tempoh masa yang sama sebelum usaha ini dilaksanakan.

Ini bermakna, kita berjaya mengurangkan sisa pepejal sebanyak 237,178 tan (13.1%) dalam jangka masa tersebut – purata 59,294 tan sebulan.

Secara tidak langsung, kerajaan berjaya berjimat sebanyak RM7,119,900 dalam proses pelupusan sisa pepejal di atas kiraan RM30 kos bagi setiap 1 tan, kata Timbalan Menteri, Datuk Halimah Mohamed Sadique. Kementerian yakin bahawa mereka mampu mencapai sasaran tahap kitar semula 22%.

“Penguatkuasaan ini berjaya mengumpul sebanyak 1,724 tan bahan untuk dikitar semula,” tambah Datuk Halimah lagi.

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia, marilah bersama-sama menjayakan program ini bagi membawa kesejahteraan kepada orang ramai dan juga generasi akan datang. Setiap usaha yang diletakkan oleh setiap insan memberikan impak yang besar terhadap usaha yang dijalankan oleh kerajaan kita.

Leave a Reply