Sugu Pavithra Pindah Rumah Baru Selepas Pendapatan YouTube Kini Semakin Baik

sugu pavithra

Bermula daripada video masakan ringkas di YouTube, kini Sugu Pavithra mampu untuk berpindah ke rumah baru hasil pendapatan di YouTube. Pasangan suami isteri ini juga semakin meraih jumlah subscribers yang tinggi di mana kini mereka mempunyai 658,000 subscribers setakat ini.

Suaminya sebelum ini dilaporkan sudah pun berhenti kerja kerana mereka kini mahu sama-sama menumpukan perhatian pada video YouTube selepas mendapat perhatian ramai. Oleh kerana rumah yang mereka duduki ini adalah kuarters untuk pekerja di estet, pasangan ini kini berpindah ke rumah baru yang lebih selesa.

Pindah rumah baru

Bagi menghargai sokongan yang diberikan oleh orang ramai, Sugu Pavithra telah berkongsikan video mereka mencuci dan berpindah ke rumah baru. Mereka turut memberitahu rumah baru tersebut terletak di pekan Sungai Siput.

Netizen turut sama-sama menumpang bahagia melihat kegembiraan mereka sekeluarga yang kini mampu berpindah ke rumah yang lebih selesa. Video tersebut juga meraih tontonan yang tinggi dengan lebih 549,000 tontonan setakat ini.

Advertisement

sugu pavithra

sugu pavithra

Sikap rendah diri yang ditunjukkan pasangan ini membuatkan orang ramai mula tertarik untuk mengikuti mereka di laman Youtube dan menambah jumlah pengikut dalam masa yang singkat. Selain itu, kefasihan pasangan ini dalam berbahasa Melayu turut menjadi faktor tambahan yang menarik perhatian rakyat Malaysia.

Artikel berkaitan: Suami Kini Berhenti Kerja Selepas Pendapatan Video YouTube Sugu Pavithra Semakin Baik

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments