Santai

Suka Suap Makanan Pada Anak Orang Lain? Tabiat Ini Perlu Dihentikan, Ini Sebabnya..

Comel kan tengok budak-budak kecik dan baby-baby atas dukung mak ayah, merangkak-rangkak, bertatih-tatih atau jalan terkedek-kedek datang beraya?!

Tapi..tapi..

Yang tak berapa comelnya tabiat segelintir daripada kita yang suka menyuap mereka. Lemang, ketupat, rendang, kek, satey, air manis, minuman berkarbonat, sosej, nugget, coklat, aiskrim, tapai.. pendek kata, habis semua benda mahu dimasukkan ke dalam mulut si kecil ini.

Tahukah kita bahawa perut anak-anak kecil ini (terutamanya bawah 1 tahun) sangatlah sensitif kerana sistem pencernaan dan penghadaman mereka masih belum ‘matang’ sepenuhnya?

Ditambah lagi dengan sejarah perubatan seperti lahir tidak cukup bulan (prem), penyakit jantung, asthma, alergik, eczema dan sebagainya

Menambahkan lagi risiko bahaya (seperti kerosakan gigi, alergik, sesak nafas, diarrhea, muntah-muntah, dehydration, leaking gut, nephrotic syndrome dll) dek kerana apa yang disuapkan kita kepada mereka.

Dengan alasan “alah, sikit je kot!”, sikit memang sikit tapi dah yang jumpa budak tu semuanya datang nak suap, tak ke jadinya banyak?.

“Kesian tengok budak tu teliuq!”..kesian memang kesian tapi janganlah kesian tak bertempat.

“Alah, mak bapak budak tu tak kata pape pun!”..memanglah tak kata apa-apa, sebab diorang nak jaga hati kita.. serta bermacam-macam lagi alasan yang diberikan untuk menghalalkan kelakuan ‘tak senonoh’ kita.

Dan ingatlah, jikalau apa-apa yang berlaku kepada anak-anak syurga ini, mahukah kita bertanggungjawab terhadap apa yang ditanggung mereka dan keluarga mereka?

Kasihanilah mereka, sayangilah mereka.

Senyum.

faizalMS
Dietitian,
Hospital USM.

Kredit : FaizalMS

Leave a Reply