Lepas nie semua suami-suami di luar sana yang bercita-cita nak tambah lagi satu, sila gunakan surat rasmi untuk poligami ini. Terima kasih kepada BeliaMuda untuk email ini.
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .
31 April 2006
Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan
diisi di masa akan datang.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk mengetahui surat lengkap ini..
3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an
untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan
kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya
yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi
seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta
besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan
puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah
kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya
akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku
Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu
saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan
bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk
, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk
melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian , Terima Kasih.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
Yang Ikhlas Memohon ,
Suami bin Lelaki
[daripada emel forward]
beliamuda {dot} com | “kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali”

emmm…speechless
hmm…surat ni bakal kena reject
cm bnyk duit jer nk kawin lain..siap kena kuar ASB lagi..tinggi tol cita2.
xsesuai..rejectttt
org ni mmg ngok tahap gaban…org simpan duit untuk hari tua….masa tua la kita nak rehat bersama2 pasangan yang sanggup susah muda2 dulu…dah nak masuk kubur, masih pikir nak cari baru..
klau mak bain memang sedia asah parang la jwbnya
mase nak kawen bukan men g.. kuota laki de 4..
ikut sunnah nabi r…
tp ble dh pat…
1 janji pown x penuhi & x ikut sunnah song..
means adil….
pe r….
ngok tol..!!!!!!!!!!!!!!!!!1
hahahahaha….stail la surat ni,
tp sebelum nak berpoligami, tanya pada diri sendiri dulu,
semua sunnah Nabi tu dah ikut ke blom dan nak berpoligami tu pasal nafsu ke pasal mmg nak membantu kerna Allah Ta’ala……
pastu tanya pasangan ade x mane2 sunnah Nabi yg belum kite ikut, dan mintak jer pasangan kite sendiri yg carikan, sbab die jer yg paham perangai kite camne. kalo die x izin tu mmg ade lg lah amalan kite yg x cukup tu…..
(^^,)
giler bongok….
tapi kreatip….
suami bin lelaki nie….
hahahah
kalau alasan isteri dah tak cantik lagi, bgilah duet yg banyak2 tu kat bini suh wat plansingan badan…lg afdal.
no komen….ikut citarasa sendiri le…tepuk poket tanya bini…
ade ke… klaka pun ade. TAPI pesal le wak alamat Trg, kmn tu, kg aku beb tp poskod kertih.. tukang buat surat ni tak survey lu ke, sbb utk suami2 dinegeri Trg, tidak memerlukan persetujuan isteri pertama utk berpoligami just kena mintak keizinan mahkamah dan pejabat agama… sekadar utk info
bagus surat ni……. tip top…… maveles…. boley mng award….. mnggaklakkan poligamai……
bakal dikoyak surat nih..
cari psl nk bikin ribut katrina bole le…..
hawau betol~
best !!!!
permohonan anda tidak diluluskan…!!!..hahaha
lawak berabis!!!!!
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha..
not approved..!!!!ttteetttt!!pliz try again later..
hahaha… lawak la weh…
tapi.., permohonan Suami bin Lelaki WAJIB DIREJECT oleh Isteri binti Perempuan.. huhuhu~
alasan yg betul2 buat skt hati nk trma..
perrahhh
Sedikit lucu la..hohoho!!! Law laki haku wt surat g ni,sah haku balas gan parang panjang!!!
nak kwen cukup kan kuato la…ikut sunah la…bile dah dapat xde maknenye…huh…laki oh laki….setakat nk kuar duit ASB…cmfrm lelame hbs….totally reject la surat nie…
ok je kalo nk poligami..tak pyh la nk bagi alasan nk mudahkan keje kita la apa la..buat sakit hati lagi ada la..huhuhu..
kalau rasa nk ikut sunnah, suruh bini yg carikan atau pinangkan..bukan ikut nafsu dia nk pilih sekretari tuh..
in a way bagus jugak dia nikah ngn sekretari tu daripada main belakang isteri n rapat2 dok buat dosa..
mmg nk kene goreng nih
Keluarkan SEMUA duit perlaburan ASB just untuk kahwin dua? Then kata dah cukup mampu?
Lepas tu nanti, dah takde simpanan, cemana ngan masa depan?
Bodoh!
haha……if sy la…klu die mnta baek2 bg kut tp nie siap tls surat cm pengecut then indirect perli gemuk…..n duk citer y die akn mnjakan y ke-3…..mmg melampau
huhu….
Hehe.. ingat senang ker nak minta kebenaran poligami, nak tulis@taip pon belum tentu jadik kalau tangan asyek terketaq-ketaq. Ade kes kene baling pinggan mangkuk le, ugut nak bunuh diri dan mcm2 lagik lerr.. Baru kawen tu mampu lerr.. tunggu anak 2-3 orang, jadik mampus namenyerr..
aku ni lelaki, tapi kalu aku jadi peremuan or isteri….AKU REJECT SURAT NI…tak sesuai n tak ikhlas.
apa yg kita taknak…biasanya itu yg kita dapat.. AWAS>> Periuk nasi terbang!!!! hahahah
Kalau surat permohonan macam ni, isteri yang tak sekolah pun akan reject. Niat baik tapi taktik tak dak. Tak pakai akai kata orang Kedah. Akai ada ke?
ISTERI YANG MENOLAK PERMOHONAN SI SUAMI INI …PENOLAKKANNYA ADALAH DENGAN NAFSU BUKAN DENGAN IMAN…..CONTOHILAH ERMA FATIMA….DUNIA SEMENTARA AKHIRAT JUGA YANG KEKAL…CARILAHKAH BEKALAN KESANA
permohonan ditolak.. anda dipecat kerana tidak memberi pendapat bernas dan tidak membantu memberi sumbangan dalam menaiktarafkan organisasi.. u are now given 24 hours to clear your room.. and get the hell outta here