Viral

“Suruh Adik Ipar Abang Minta Maaf Kalau Nak Mudah Bersalin” – Isteri

Cerita ini bukan nak mengaibkan sesiapa tetapi nak meninggalkan pesan dan pengajaran. Lagi-lagi pada kita orang perempaun.

Tentang doa orang yang teraniaya. Doa orang yang teraniaya ini tak boleh dibuat main. Bila dia betul-betul sedih dan berdoa ikhlas pada Allah tentang perbuatan seseorang pada dia, Allah akan makbulkan.

Kisahnya..

Ipar-ipar perempuan menganiaya dan meminggirkan saya. Bila pulang ke kampung, saya akan duduk di penjuru rumah seorang-seorang.

Tiada siapa nak berkawan atau bersembang dengan saya.

Saya selalu cuba berkawan dan duduk bersama mereka tetapi mereka akan bingkas bangun dan masuk ke bilik lalu dikunci serta tergelak kuat meninggalkan saya yang terpinga-pinga di luar dengan hanya dilihat mertua.

Mereka?

Ya, bukan seorang tetapi semua adik beradik perempuan suami. Mereka cemburu dan mahu saya tinggalkan abang/adik mereka.

Apa yang saya buat, semuanya salah. Apa yang saya ada, habis semua nak lebih dari saya sedangkan saya tak bekerja. Saya hulur tangan untuk salam diberikan kaki untuk sambut tangan saya.

Bilik asal saya dibina oleh suami di kampung bagi memudahkan saya jika balik pun telah diambil oleh mereka.

Bila saya pulang ke kampung, bilik saya dipindahkan ke bilik stor. Mana tempat simpan pakaian, almari dan perabot yang tak dipakai semuanya disimpan dalam bilik itu.

Katil dalam bilik patah, lantai tak beralas dan berpasir, tingkap pecah, tiada langsir, tiada lampu, tiada kipas. Suami tahu? Ya suami tahu dan suruh saya bersabar sebab kami hanya balik sekejap sahaja.

Apa salah saya? Salah saya sebab saya orang Kuala Lumpur. Mereka mengharapkan saya anak orang kaya tetapi kenduri kahwin hanya di flat, memalukan mereka pada orang-orang kampung yang hadir.

Cuaca di kampung sangat panas membahang. Pernah satu hari saya dizinkan suami untuk tidur kerana demam dan semua keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawan sekampung.

tetapi saya tak boleh tidur sebab mereka menutup plug kipas dari luar. Saya terpaksa bangun untuk buka suis smeula dan masuk ke dalam bilik. Tidak lama kemudian mereka ketuk dinding kayu sekuat hati menandakan mereka marah.

Saya bukan anak orang susah sebenarnya dan saya tak pernah hidup susah. Tetapi ayah ajar berusaha dan berdikari agar dapat hidup tanpa menyusahkan orang lain. Buku-buku bank anak-anak, mentua saya pegang. Buku bank suami, mentua pegang. Alasan takut saya keluarkan duit.

Apa yang terjadi pada saya, suami tak pernah tahu tetapi suami banyak kali mempertahankan saya apabila ibu mertua mempersoalkan tentang apa yang disimpaikan anak-anak perempuannya.

Saya sedih dan tiada mengadu pada sesiapa mahupun adik, abang-abang atau kedua ibu bapa saya sebab saya tidak mahu mereka memandang seorang pada suami.

Lagipun suami saya tidak bersalah dalam hal ini. Walaupun suami tak tahu apa-apa, dia tahu pun dari isteri saudara suami yang duduk di rumah sebelah.

Dia yang menyampaikan pada suami, macam mana saya dilayan bila suami tiada di rumah. Tetapi saya tidak pernah mengadu domba pada suami.

Suami pernah memarahi saya kerana tidak memberitahunya tentang semua itu dan dia mahu memanggil kakak dan adik-adik perempuannya tetapi saya halang dan memohon suami kawal kemarahan dan jaga silaturahim.

Lagipun, jika suami teruskan dengan panas hati, ibu mertua pasti akan benci pada saya dan saya tidak akan pulang lagi.

Sampai satu tahap saya tak dapat tahan, sebab kalau ikutkan ada banyak lagi perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Dipendekkan cerita, saya sedang mengandung anak kedua.

Saya menangis seorang diri dalam bilik kerana tidak tahan dengan kebencian mereka terhadap saya. Sambil sembahyang, saya menangis tersedu-seduh.

Saya perlukan Allah, hanya ada Allah untuk pujuk saya. Sampai satu tahap saya sembahyang menangis-nangis. Habis sembahyang, saya duduk berzikir dan menangis-nangis lagi. Nak tenangkan hati tapi tak tenang dan tak tahan juga. Saya terus berdoa pada Allah.

“Ya Allah, Kau tahu aku tak bersalah. Mereka ingin aku berceria Ya Allah. Dia belum berkahwin, dia tidak tahu rasa menjadi menantu. Dia tidak merasa menjadi seorang ibu. Aku minta Kau dengar kesedihan hati aku. Aku tidak berdendam tetapi aku sedih yang aku dianiaya mereka ini, Ya Allah. Aku tak tahu mana nak mengadu melainkan Kau. Dengarlah doa aku yang teraniaya dan difitnah ini. Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa, Ya Allah. Mereka akan merasa apabila mereka hendak berkahwin nanti. Bokaknya mereka akan bertukar hampa. Mereka tidak pernah bersalin, tak tahu rasa bersalin, mereka akan merasa sakitnya bersalin itu, Ya Allah. Dan sakitnya apabila diperlakukan seperti ini oleh ipar mereka nanti. Sesungguhnya aku tidak berdendam tetapi aku terlalu terluka. Aku mengadu dan meminta agar mereka tahu dan sedar bila mereka berada di tempat aku.”

Dengan izin Allah, doa saya dimakbulkan. Bukan saya nak kata Allah dengar doa saya tetapi apa yang terjadi pada dia, itu yang saya doakan dulu. Saya juga terkejut sebenarnya.

1. Pada hari perkahwinan mereka, macam-macam dugaan. Banjir, nak pasang khemah tak tahu di mana. Kereta tak boleh masuk, masalah cari barang masakan kenduri sampai kena naik sampan.

Barang-barang hantaran rosak. Kenduri hanya orang kampung yang datang. Lauk pauk tak habis sehingga terpaksa diberi pada orang dan dibuang kerana yang hadir hanya orang-orang kampung dan kenalan dekat sahaja.

2. Selepas berkahwin, salah seorang dari mereka mengadu tentang layanan ipar dan ipar mengata/fitnah dia macam-macam. Sampai adik beradik suami benci dan cari kesalahan dia. Dia sudahpun keluar dari rumah dengan barang-barangnya dan duduk berasingan dengan suami.

3. Sampai masa nak bersalin, tiga hari tnggu dalam wad. Tak lepas-lepas keluar anak dalam perut. Suami ada bertanya pada saya, kenapa adik dia jadi begitu sedangkan dulu bila saya bersalin, semuanya mudah.

“Adik abang mulut suka maki dan aniaya serta berdengki dan busuk hati, putuskan silaturahim saudara mara. Suruh dia minta maaf pada mak, suami dia dan saudara mara dia,” kata saya pada suami.

Suami cakap adik dia dah buat semua itu. Saya diamkan diri. Suami pandang saya.

“Dia kena minta maaf pada seseorang. Seseorang yang selalu dia aniaya, maki hamun di media sosial, perli depan-depan. Seseorang yang diperlakukan seperti orang asing, dipulaukan, dan dia tidak ingin orang itu berada dalam keluarga ini,” kata saya lagi.

Suami terdiam dan serta merta faham dengan apa yang saya jelaskan. Suami terus memujuk dan meminta maaf bagi pihak adiknya. Saya diam sahaja, tak cakap apa-apa.

Hari ketiga masih dalam wad, sudah melepasi tarikh sepatutnya bersalin. Bukaan masih 4 sentimeter. Doktor dah risau sebab bayi tak keluar lagi, seperti ada sesuatu yang menahan. Diazan, tak keluar, dibaca yasin tak keluar juga, dibuat solat hajat tak keluar.

Lantas suami tersedar dan teringatkan saya di rumah. Suami sedar saya banyak teraniaya dan terasa hati. Selama ini memang isterinya tidak bersalah. Jenuh suami mesej saya setiap jam. Beri perkembangan terkini tentang keadaan adik dia. Saya diamkan diri juga.

“Adik menderita sangat-sangat, sakit kena jolok, kena usik macam-macam. Diberi ubat tahan sakit macam-macam, tak kesian ke?” mesej dari suami.

Saya tetap berdiam sampailah suami mesej kata doktor tiada pilihan dan terpaksa bedah sebab anak dalam perut dah mula lemas dan takut anak adik ipar tak selamat. Terus saya doa dalam hati dan mengangkat tangan.

“Allah, permudahkan segala urusan pembedahan ipar aku. Selamatkan anak dalam kandungan yang tidak pernah bersalah terhadap aku. Tolong aku Ya Allah. Selamatkan kedua-duanya. Jangan biarkan aku dalam serba salah, aku akan rasa berdosa.”

Beberapa minit kemudian, suami mesej.

“Terima kasih sayang, baby dah lahir. Kedua-duanya selamat. Abang tahu isteri abang baik. Biarlah apa yang mereka cakap, abang kenal isteri abang..”

Saya balas, “Ingatkanlah adik abang itu. Itu pengajaran pertama dari Allah. Agar pengajaran ini tidak berulang lagi…”

Saya tidak mereka-reka cerita. Tetapi pada saya, pada yang tahu kebesaran kuasa Allah SWT itu, jangan dibuat main.

Perkahwinan saya kini di ambang penceraian. Saya terkena sihir pemisah. Doakanlah agar saya merasa bahagia dan dilindungi dari kezaliman pihak mereka. Semoga suatu hari nanti Allah akan membalas segala perbuatan mereka.

Sumber : KRT

Comments 15

  1. eima

    kesian adik nie..smoga d permudahkan segala2 nya..aamiin. ini dugaan yg allah bg..
    semoga perkahwinan kalian berkekalan hgga ke jannah. aamiin

  2. yana

    Kisah akak sama dengan makcik saya.. ipar tidak suka hanya kerana mak cik saya orang kampung.. mak cik saya terkena sihir.. pakcik saya tahu siapa yang buat tapi dia tersepit antra dua hubungan..hmm sedih bila tahu ada orang yang senasib mak cik saya.. semoga Allah melindungi akak dan keluarga.. Amin..

  3. Hamba Allah

    Yakinlah kpd kekuasaan dan keadilan Allah. Ipar2 sy yg layan sy mcm sampah mati bunuh diri sbb rampas suami org, seorg lagi mati masa berdua-duaan sama teman lelaki dia kemalangan jln raya. Ibu mertua yg penipu pengumpat pengadu domba pennyindir pula berbulan2 nazak baru meninggal dunia. Itu baru di dunia, tunggu nnti di akhirat kelak…hmmm….

  4. Mas

    Mmg menitis air mata membaca kisah ni…aduhaiii..kuat la semangat mu dik…..semoga allah mendengar segala rintihan dan aduan dr yg teraniaye…

  5. Nur

    Sangat memberi pengajaran.. Semoga cekal menghadapi nya. Allah sentiasa bersama orang yang sabar.. Allahuakbar

  6. Duniaohdunia

    Besabar dan tabah lah tu ja blh ckp aku rasa apa kau rasa aku pwon lebih kurang sama ja..sekeliling dngan org yg dengki kianat..fitnah..hanya dngan Allah S.W.T ja tempat mengadu terbaik..x da tempat aku blh pecaya..dngan manusia yg bertopengkan kepalsuan hati..depan baik belakang hanya tuhan ja yg tahu..doa amin ka ja org2 yg mcm ney..smoga sedar sebelum terlambat..sebelum x sempat dngar kata2 maaf dri mulut org yg mereka niaya.

  7. uaaskmkb

    kesian..saya pula masalah dgn biras2 saya..dorg ingat suami saya belakangkan adik beradik aka suami dorg..dorg anggap suami saya bagi saya semua yg saya nak smpi abaikan tanggungjawab adik beradik..sedangkan masa tu hanya saya yg tahu bgimana suami terpaksa ikhtiar utk tingkatkan pendapatan syarikat & byr hutang..sampai terpaksa korbankan gaji sendiri utk cover semua tu..adik beradik dpt gaji rm500..suami saya pula pki duit gaji utk cover & simpan cikt2 utk kgunaan masa hadapan..saya mmg jenis tak berkira & merungut..sebab saya serahkan urusan semua kpd Allah..sampai suatu masa saya dituduh macam2 kena maki oleh biras..saya sabar & nangis seja..saya berdoa agar Allah kuatkan hati saya & suami demi anak2..sekarang hidup kami lebih tenang..suami pun tak payah lagi susah2 nak fikir pasal syarikat..dorangla yg terpaksa urus semua..kami pun tak pernah ambil tahu biarpun semua tu hak suami sbb modal tertubuhnya syarikat 100% duit suami yg dia kumpul hasil kerja kilang..suami dorang tu cuma bekerja & dibayar gaji tp sbb adik beradik suami urus syarikat seperti milik keluarga..last2 dorg pula yg nak lebih lg..sekarang ni kami langsung tak dpt apa2 dr syarikat..siapa yg belakangkan siapa sekarang ni? tapi tak apa..saya sendiri tahu keadaan syarikat mcmn..memang berbeza pengurusan oleh yg kurang bercakap tp rajin berusaha berbanding yg banyak cakap tp kurang berusaha..saya sentiasa serahkan urusan kpd Allah..saya hanya doakan yg baik2 sahaja..sikap & kehidupan mereka sendiri yg menghukum mereka..saya hanya jalani kehidupan macam biasa..lebih tenang tanpa campur tangan saya mahupun mereka..suami pun hanya fikirkan kerjanya & kami sahaja..semuanya kami serahkan sahaja kpd Allah..jaga hati & lidah..wallahualam..

  8. Eryanna

    Ya allah kau sembuhkan saudari kami ini dr trkna sihir,dan berkatikan lah perhubungan perkahwinan nya bahagia hingga ke jannah, semoga allah balas perbuatan orang yang busuk haty itu,?? Akak jangan lupa selalu berdoa ye akak,saya simpati sagt ngan kisah akak ni alahu? Troskan berdoa ye akak dn bersabar,allah selalu ada dengan kita??

  9. Mika

    Yang keluar ????????? tu disebabkan sy type arab.tapi keluar tanda tanya ?????? Lah pulak. Anyways, yg sy type tu Ajwah Aliyah Madinah dalam bahasa Arab. 🙂

  10. Eiz

    Akk sama mcm makcik saye , tapi mak mertua yg tak suke . Sama juga nak bersalin tak boleh . Last-ii dpt bersalin bila makcik sya dah maafkan die dan langkah perut die . Semoga akk kuat dan tabah , Allah maha Adil kak , die tak pernah biarkan hambanya teraniaya

  11. hamba allah

    Kuasa allah…saya pun mcm akak jugak…keluarga belah suami xsuka kan saya hanya disebabkan saya anak yatim n xberkerja….ada dulu keluarga belah suami pernah suruh kitaorang bercerai…alhamdulillah suami xceraikan sy…dan kini kami tinggal berasingan dgn mereka…tp mereka xpernah xgnggu kami…selalu je call n msg mcm2 n maki,fitnah…

  12. SherEnaErina

    Semoga akak dilindungi .. sedih baca luahan hati akak niii … Moga dijauhkan bndaa nii .. moga prkhwinn akak kekal hingga ke Jannah

  13. rin

    sy pon sm ipar2 xsuka..slalu cr keslhn sy..ayah n mak mertua jnis pilih kasih kat ank2…tp bla ssh pandai plak cr suami sy..

  14. Anonymous

    semoga akak d lindungi,, saya dulu masa bertunang saya pernah d tuduh macam-macam dengan tunang sya.. dia tuduh saya ada hubungan dengan lelaki lain,, dia tuduh saya burukkan keluarga dia,, dia teriak saya dalam telephone sampai suatu hari tu malam dia buat saya mcm tu,, saya sudah tidak tahan ,, saya ambil wuduk saya baca yasin,, sambil saya menangis memohon pada ALLAH.. jika benar apa yang dia tuduh saya dan saya melakukan nya saya dapat balasan tetapi jika perkara dan tuduhan dia tidak benar terhadap saya,, maka saya berdoa yang dia tidak akan merasa walau sedikit pun rezeki dari ALLAH… Saya mohon dengan ALLAH yang hidup dia tidak akan pernah senang dengan apa yang dia ada.. saya mohon yang dia akan dapat masalah.. cuma satu yang dia perlukan minta maaf pada saya itu sahaja sekiranya dia tidak meminta maaf dengan kata2 nya selagi itu lah dia akan terus dengan kehidupan nya yg di timpa susah dan akhinya ALLAH makbulkan doa sya,, ALLAH tarik rezeki pekerjaan dia sampai dia diberhentikan kerja,, ALLAH bagi dia kesusahan.. ada sahaja masalah timbul sampai motor pun tertunggak.. sya tidak menyesal dengan doa saya sbb dia selalu mengatakan hal yang tidak baik kepda sya,, kdang saya menyesal dengan kata2 yg keluar dari mulut saya tapi itu lh tiada hati yang tahan bila di perkatakan sedemikian rupa,,, saya harap dia berubah itu sahaja..

  15. Anonymous

    Allahuakhbar..kannn..macam2 lumrah hidup ni..macam2 cerita nya..macam2 ujian dan dugaan nya..Allah dah tulis semua tu..sebelum kita dibentuk lg..nama kita dah tertulis seawal 50ribu tahun di lauh mahfus..seusia 3bln janin kita telah didatangi malaikat di catat setiap ketentuan dr Allah..

    Oleh itu,.pengajaran untuk kita..saad kita mengandung sering kali kita amalkan doa2 kebaikkan untuk anak yang bakal dilahirkan,,kerana kita tidak tahu..apa yg telah diutuskan oleh Allah SWT untuk setiap hamba Nya..

    Bersabar la wahai saudari2..doakan yg baik kita pnjangkan untuk ibu2 kita..supaya..kebaikkan sering menyebelahi kita..saad menuju ke akhir usia…wallaualam..

Leave a Reply