Written by serenity | March 31st, 2013

Tidak lama lagi satu filem terbaru yang diasaskan dari manga popular Jepun, iaitu Dragonball akan ditayangkan. Disebabkan itu, remaja Jepun yang kreatif telah mendapat idea untuk menghasilkan gambar yang diasaskan dari satu teknik yang dipraktikkan oleh watak-watak dalam manga tersebut, iaitu Kamehameha.

Nampaknya kegilaan ini semakin merebak di sana, seperti merebaknya Gangnam Style dan juga Harlem Shake.Khabarnya juga ia mula merebak di Barat. Pernahkah anda membaca manga atau menonton anime Dragonball? Ia kelihatan seperti ini:

Lagi 14 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Ottel | September 20th, 2012

Ini merupakan gambar dari peserta National Geographic Photography Contest. Pemenang akan menerima wang berjumlah $10,000 dan lawatan ke ibu pejabat National Geographic di Washington, D.C.

ini adalah Busaba, gambar harimau indocina ini telah diambil di Zoo Thailand dan ia telah diambil oleh Ashley Vincent

Tasik Brunner ini terletak di pantai barat New Zealand. Gambar ini diambil oleh Mohd Nadly Aizat Mohd Nudri

 
Written by serenity | April 4th, 2012

Ada antara gambar-gambar ini bertaraf 13SG, jadi nasihat ibu bapa diperlukan jika membaca entri ini.

Pengeboman Atom Hiroshima dan Nagasaki

Gambar di atas memaparkan satu-satunya peristiwa penggunaan aktif bom-bom atom dalam sejarah manusia. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjatuhkan dua buah bom atom ke atas bandar-bandar Jepun, Hiroshima dan Nagasaki. Kesannya, 90,000 hingga 160,000 orang terbunuh di Hiroshima dan 60,000 hingga 80,000 di Nagasaki.

Hukuman Bunuh Ke Atas Seorang Tentera Vietcong

Foto di atas bertajuk “Jeneral Nguyen Ngoc Loan menghukum seorang banduan Viet Cong di Saigon”, dan dianggap antara gambar-gambar paling terkenal dalam sejarah kewartawanan. Jurugambar Amerika, mendiang Edward Adams dianugerahkan hadiah Pulitzer bagi gambar yang menunjukkan Ketua Polis Nasional Vietnam Selatan, melaksanakan hukuman bunuh ke atas seorang tentera Vietcong.

Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Sekiranya anda mempunyai bakat seni: jenaka, bermain muzik, menari atau apa saja, anda berpeluang untuk menampilkan bakat anda di Bazar Seni Industri Budaya. Hadir ke perkarangan Panggung Bandaraya pada pukul 2.30 petang, 14 dan 15 April 2012 (Sabtu dan Ahad) ini untuk menyerlahkan bakat anda. Hubungi Rahmat di 03-2052 3600 untuk pendaftaran / keterangan lanjut atau like Fanpage Bazar Seni.