Tips

Tak Payah Tabur Kabaid Atau Belerang,Cukup Nyalakan Unggun Api Elak Haiwan Berbisa.

Kalau camping dalam hutan, campsite kena bersih. Tak perlu tabur kabaid, segala binatang merayap atau menjalar takan sudi singgah. Unggun api kena sentiasa ada. Binatang buas akan menjauhkan diri(1km radius)- ilmu hutan kawan orang asli suku jakun.

Sebelum dirikan khemah, pastikan dahan pokok atas kepala bukan dahan mati, kang tak pasal pasal kena hempap kepala. Haha

Campsite kena jauh sikit dari gigi air. Tapi selalunya gang kami tak masuk hutan masa musim hujan, bahaya woo… Apapun best, nak mandi airterjun sepuluh kali sehari pun takpa.

Haha.

Waktu siang tu, bolehlah hike short trail panjat bukit ke hulu,mancing sebarau kelah baung..
Tapi kenalah bawak parang pasal nak kena menebas denai.. Batang duri banyak beb.

Pacat tu..anggap renew licence. Boleh tahan banyak.Haha pernah kena pastu basuh kasut kat sungai, curah air macam sirap.. Darah banyak beb. Lepas lepas tu, bygon la ubatnya. Spray kat stokin. Barulah ok sikit.

Bukannya apa, penangan gatal nak mengaru jer lepas kena tu mau berminggu minggu baru baik.

Bila nak malam pula sejenis unggas, riang riang namanya akan berbunyi, panjang bunyinya. Itu tanda waktu maghrib dah masuk. Subhanallah. Allahhu akhbar kuasa dan keindahanNya.

Lepas makan malam tu kalau nak nite trail lagi syok. Damai sunyi hutan ni lain. Tenang dan rindu. Selalunya kami meranduk air mudik kehilir. Dalam 45minit jalan kaki. Sejuk, best.

Dah puas tu boleh la balik camp, lepak lagi.

Kalau masa sunyi sunyi tu ada bunyi orang mengaji sayup sayup kedengaran, korang buat bodoh sudah. Benda halus memang banyak dalam hutan ni.

Tapi bila diamati dan dengar betul betul, bukannya orang mengaji tapi bunyi mendayu dayu dan bacaannya ntah apa apa. Hehe. Mulut jer kena jaga, jangan cabul sangat.

Selalunya kami lepak 3hari 2malam, tapi sebenarnya tak puas. Tukar 4hari 3malam barulaaaaaa best.

P/s sampah kutip bawak balik k. Sayangi alam.

Yang lain tu, sila komen kongsi pengalaman.

-taman negara endau rompin.

Kredit : Johari Haji Ibrahim 

Leave a Reply