Info Semasa

Taksub Jumpa ‘Bomoh Temberang’ Untuk Buang Sial, Individu Ini Rugi RM2.7 Juta Ditipu

Terlalu taksub dengan amalan tahyul dan syirik untuk meramal sesuatu yang tak pasti, menyebabkan ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan ‘bomoh temberang’ di mana sebanyak RM2.7 juta kerugian telah direkodkan akibat ditipu bomoh sejak Januari hingga Mei tahun ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman berkata, sikap mudah percaya dengan bomoh dan tamak sebagai punca berlakunya penipuan “puluhan ribu ringgit,”.

“Kebanyakan mangsa terpedaya dengan dorongan suspek yang menggunakan pelbagai taktik bagi memancing mereka kononnya mampu membuang sial, mengubati penyakit serta tidak kurang juga percaya ramalan bomoh untuk memenangi nombor ekor,” kata Datuk Chong Mun Ping, Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah dan Komplot Pemalsuan.

Bagi lima bulan pertama,sebanyak 64 kes melibatkan mangsa dari pelbagai agama dan kepercayaan direkodkan di mana Johor merupakan negeria paling tinggi dengan 15 kes, manakala Selangor pula mencatatkan jumlah kerugian tertinggi sebanyak RM423,585.

Beliau yakin diluar sana banyak lagi kes penipuan berlaku dan menggesa orang ramai tampil dan tidak malu membuat laporan jika ditipu.

Tahun lalu, sebanyak RM6.10 juta kerugian direkodkan melibatkan 156 kes dengan 53 tangkapan.

Sumber :  Kosmo!

Leave a Reply