Info Semasa

Tambahan RM500 Bantuan Raya Diberikan Kepada Penjawat Awam Di Negeri-Negeri Ini

Penjawat awam di Malaysia terdapat sesuatu yang mereka boleh harapkan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Tambahan kepada RM500 bantuan Aidilfitri yang diberikan oleh kerajaan, kerajaan turut bakal memberikan RM500 bonus kepada penjawat awam yang bekerja di Perak, Terengganu, Sabah dan Negeri Sembilan.

“Bonus ini adalah untuk meringankan beban dalam persediaan untuk menyambut bulan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi dan bayaran ini akan dimasukkan sekali dengan gaji sebelum Raya,” terang Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurut laporan, peruntukan sebanyak RM3.1 juta untuk 6,320 penjawat awam di Terengganu, RM5.6 juta untuk 15,000 penjawat awam di Perak, manakala Sabah pula turut mendapat peruntukan bagi 17,480 penjawat awam di sana.

Sementera beberapa negeri menerima duit bonus Raya pada 9 Jun yang lalu bersama-sama gaji mereka, negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Sabah akan menerima bayaran pada 15 dan 16 Jun.

“Bantuan Hari Raya ini memakan belanja kerajaan sebanyak RM1 bilion secara keseluruhannya. Kami berharap ianya akan membantu mengurangkan beban penjawat awam dan pesara dalam persediaan menjelang Hari Raya,” membaca satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan.

Leave a Reply