sejarah

Tanggung Hutang Jutaan Dollar, Enron Corporation Jadi Sejarah Bankrap Terbesar Di Amerika Syarikat

Dapatkah membayangkan apabila integriti telah hilang daripada diri setiap manusia, adakah masih wujud ketelusan? Jika perkara tersebut berlaku di dalam sebuah syarikat, integriti sepatutnya menjadi perkara utama nadi perjalanan sesebuah syarikat akan menjadi “barah” yang parah.

Walaupun tersergam indah sebuah empayar yang dikatakan hebat bakal rebah jua. Itulah yang terjadi kepada Enron Corporation, hingga membawa pembubaran syarikat Arthur Andersen. Syarikat tersebut merupakan salah satu daripada 5 firma audit dan perakaunan terbesar di dunia.

Kejatuhan empayar Enron telah disifatkan sebagai kebankrapan terbesar dalam sejarah Amerika dan menunjukkan kelemahan sistem audit yang mereka amalkan. Enron adalah sebuah syarikat sumber tenaga Amerika yang berpangkalah di Houston, Texas.

Enron Coporation

Diasaskan oleh Kenneth Lay pada tahun 1985 setelah penggabungan di antara Hounston Natural Gas dan Inter North. Setelah mereka melebarkan sayapnya bertahun-tahun di peringkat domestik dan antarabangsa, Enron mula terlibat dengan hutang yang bernilai berbillion dolar.

Hal ini disebabkan oleh transaksi perakaunan dan kontrak yang rumit. Semua hutang disembunyikan dari pengetahuan pemegang saham melalui penipuan perakaunan, pinjaman haram dan perkongsian dengan syarikat lain yang dirancang dan ianya dikenali sebagai Skandal Enron.

Skandal yang berlaku telah menimbulkan banyak isu tentang amalan perakaunan di Amerika Syarikat dan menjadi faktor utama kepada wujudnya undang-undang Sarbanes-Oxley. Enron mengalami kerugian yan teruk akibat daripada amalan perakaunan yang salah dan percaturan yang silap daripada pihak pengurusan.

Disebabkan memberikan hak kebebasan penuh kepada pihak pengurusan dalam mengendalikan urusan kewangan, ini membolehkan syarikat menyembunyikan kerugian dari pengetahuan pemilik dan pemegang saham. Secara atas kertas, laporan kewangan Enron sangat cantik dan kelihatan menguntungkan.

Tetapi cerita di sebaliknya amat mengejutkan. Enron sedang mengalami kerugian! Setiap kali tiba suku tahun, eksekutif syarikat perlu melakukan pelbagai penipuan dalam penyediaan laporan kewangan syarikat demi mencipta ilusi keuntungan berbilion dolar untuk menarik perhatian pelabur yang sedia ada.

Punca – Punca Kejatuhan Enron

Perakaunan mark to market merekodkan anggaran keuntungan masa depan dari setiap perjanjian pada nilai pasaran semasa bukan pada nilai masa depan atau nilai sejarah. Ini dapat dilihat dalam perniagaan Gas Asli Enron. Pada awalnya, perakaunan syarikat cukup jelas dalam setiap tempoh masa, syarikat juga mencatatkan kos sebenar dan hasil sebenar yang diterima dari setiap jualan yang dilakukan.

Setelah kemasukan Jeffrey Keith Skilling yang dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Enron Finance Corporation, dia meminta Enron mengaplikasikan perakaunan mark to market dengan alasan bahawa perakaunan ini akan menggambarkan nilai ekonomi yang sebenar. Amalan perakaunan ini menggariskan apabila kontrak jangka panjang ditandatangani, pendapatan dianggarkan pada nilai semasa bukan nilai pada masa hadapan.

Dengan terbongkarnya skandal ini, maka Enron Corporation dibubarkan dan distruktur semula untuk menjaga kepentingan para pemiutangnya. Selain itu, ini juga menyebabkan wujudnya satu akta yang digelar Sarbanes-Oxley Act.

Akta ini dinamakan sempena Senator Amerika Syarikat, Paul Sarbanes dan Perwakilan Amerika Syarikat Michael G. Oxley. Antara akta utama yang diperkenalkan adalah semua syarikat perlu mempunyai majority ‘independent directors’ dan kumpulan audit syarikat perlu terdiri daripada ahli yang mempunyai pengetahuan kewangan dan salah seorang daripadanya perlulah seorang yang berpengalaman.

Satu persoalan yang timbul adalah amalan integriti yang hilang dalam diri setiap pekerja Enron Corporation. Satu fakta yang tidak boleh disangkal adalah pekerja di Enron Corporation sebenarnya dibayar dengan sebahagian stok syarikat yang membuatkan mereka lebih bersemangat untuk melakukan tindakan yang tidak beretika demi menaikkan harga stok yang juga bersamaan dengan ‘duit mereka’.

Kenapa stok tersebut bersamaan dengan ‘duit mereka’?

Ini disebabkan mereka adalah pemegang saham di syarikat tersebut. Seandainya harga stok jatuh, mereka akan terkesan dengan hal tersebut. Skandal Enron telah membuktikan pengaruh wang sangat kuat terhadap manusia. Apabila ketamakkan menguasai diri, apa sahaja boleh dilakukan jika setimpal dengan harga yang ditawarkan.

Sumber : Usahawan.com

Leave a Reply