Tips

Tayar Yang Dijual Itu Lama Atau Baru? Ini Info Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli

Keadaan tayar yang baik sememangnya akan memastikan pemanduan anda lebih terkawal juga tidak melibatkan kemalangan yang tidak diingini.

Namun sukar untuk mendapatkan tayar yang berkualiti baik, dengan harga yang mampu milik. Lebih-lebih lagi jika perlu menukar beberapa biji tayar pada satu-satu masa, ini mungkin akan memeningkan kepala sedikit.

Saudara Wan Maleque telah kongsikan beberapa maklumat penting mengenai tayar yang anda perlu tahu, sebelum membuat keputusan untuk membeli, jom kita baca perkongsiannya.

Minggu lepas semasa balik dari Penang, stering mula bergegar. Suspek utama memang tayarlah puncanya. So, pergi lah kedai tayar area Taiping, minta dorang cek. Ya, memang betul tayar dah bengkak.

Esok nak ke Melaka pulak. Nak tak nak kena tukar jugak tayar ni. So tanyalah pomen tu harga tayar. Yang second tayar korek pun RM80. Yang baharu ada yg RM175 @ RM185. Baik amik yg baharu, puas hati. Minta dorang bawa keluar tayar tu, nak tengok. Pomen tu pun bawaklah tayar baharu yang harga RM175.

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dah mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lagi kene sound lah.

Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni”. Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula-mula dorang bagi RM120. Dok minta kurang sampai dapat RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, tayar korek pun dah RM80. Baik amik yang ni. So dapat lah 4 biji tayar baru dengan harga RM420 rim 15′.

Moral of story?

Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dengan kedai tayar. Dorang akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkan stok dan jual pada harga baru. So, kalau yang nak tukar tayar tu, berhati-hatilah supaya kita tak tertipu.

Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu..

Semoga dapat manfaat bersama. Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

Info Pasal tayar kenderaan

1. Kod Tayar Kenderaan:

Contoh 205/65/R1594H

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum
Bebanan
H = Had Maksimum
Kelajuan 210km/jam

Lihat Abjad yang last;

S = Maksimum Had Laju
180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
270 km/jam
Y = Maksimum Had Laju
300 km/jam

SEBAB TU BANYAK BERLAKU KEMALANGAN YANG BERPUNCA DARIPADA KES TAYAR PECAH KERANA PEMILIK KENDERAAN TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN LARIAN TAYARNYA DALAM KEADAAN CUACA DI MALAYSIA.

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka 

Tercatat Di Sisi Tayar. Contoh 0514

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar baharu yang berusia lebih daripada LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yang baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.
Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari Tahun Semasa (2016);

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = PERCUMA
Sumber image: amazingify.com
SILA KONGSI MAKLUMAT INI.Semoga perkongsian ini membantu kalian agar tidak ditipu oleh pemilik kedai tayar.

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua.

Comments 13

  1. robin

    info yang sangat berguna selama ni main beli je.terima kasih admin !

  2. Pakulupapito

    Assalamualaikum, tolong jangan sebarkan maklumat yang tidak betul. Tempoh 5 tahun bukannya tarikh luput untuk tayar tetapi tempoh warranty bagi sesetengah jenama tayar. Tayar yang disimpan indoor boleh bertahan lebih 10 tahun tanpa terjejasnya binaan tayar tersebut. Discount mengikut tahun juga mengarut kerana tayar masih sama. Untuk kekerasan getah, biasanya ianya hanya akan bertambah dalam 10% dalam masa 5 tahun tetapi terdapat high performance tayar yang keras walaupon baru. Sekian

  3. michael

    wassalam..

    pakulupapito.. kedai tayar kau area mana?

  4. Johnny

    Pakulupapito is correct. Do not spread this nonsense from unreliable resources. Saudara Wan, di manakah anda dapat maklumat ini?
    Betul ke maklumat ini?

  5. see

    good info!

  6. Armadani

    Betul juga selama ni sy pakai tayar boleh tahan selama 1 tahun stgh sampai 2 tahun je… tu pun sebab sy pakai brand viking…
    kalau brand premium tu boleh tahan 2 tahun setgh samapai 3 tahun je.. mustahil tayar boleh tahan sampai 5 tahun hahahaha

  7. alex Anderson

    Adakah siapa pernah cuba viking ni brand? dengar org kata brand ni same dgn continential ? tapi harga murah skit

  8. elly

    pernah dengar nama viking. ramai dok sebut.nama mcm brand omputih je.

  9. mizan

    aku guna tayar murah pun tahan lama. korang yg tayar asik masalah tu drive mcm atas litar mmg la cepat botak..

  10. Irham Rahman

    viking punye brand ak dah pernah pkai tpi tak tahan lama pun
    baru pakai 6 bulan, dah botak tayar dia.. ingatkan ak sorg je yg tukar tak sampai setahun
    rupa2 nye ramai lagi… sedihhh benooorrr!!

  11. fadhel

    @irham rahman aq pkai viking dh dkt 2 thun ni.xde pon hal mcm bro ckp.elok lgi ni hah

  12. AlvinMoron

    brand ni murah blh tahan lama ke? sblm ni i dah cuba rm50+ 1biji punye tayar.. tak sampai 6bulan habis die ==

  13. Armadani

    @alvinmoron mmg brand murah sebb dia economy tapi dia under continental.. murah siket tapi kualiti dia mmg acceptable tahan lama jugak dari brand2 economy or brand budget yg lain… yg awk guna tu maybe brand budget ade risiko tinggi kearah bahaya tau,, viking rm 99 sebiji tapi mmg bagus, tahan lama, n tahan lasak juga… sekrang nak masuk 2 tahun dah tayar viking sy tu.. cuba dulu baru tau kualiti dia..

Leave a Reply