Cool, Info Semasa, Macam-Macam, Manusia, Tips

Taylor Swift Kini Kembali Di Spotify Selepas 3 Tahun Boikot

Jika anda seorang pengguna aplikasi Spotify yang tegar, anda mesti perasan yang anda tidak boleh mendengar mana-mana lagu Taylor Swift kerana penyanyi itu telah menarik keluar semua album miliknya daripada servis streaming muzik itu sejak 2014.

Berikutan satu perselisihan faham ke atas penghasilan album 1989 miliknya, Taylor Swift membuat keputusan untuk menghadkan muzik karyanya kepada pendengar yang membayar sahaja kerana merasakan servis streaming seperti Spotify tidak berlaku adil dalam menegakkan hak artis.

“Saya hanya mampu berkata bahawa muzik berubah sangat cepat, dan landskap industri muzik itu sendiri berubah secara drastik. Bagi saya, Spotify adalah seperti satu eksperimen yang sangat besar,” kata Taylor Swift 2014 yang lalu.

“Saya tidak mahu berkongsi hasil karya hidup saya dengan satu eksperimen yang saya rasakan tidak memberikan pampasan sejajar kepada penulis, penggubah lagu, penerbit, dan juga artis.”

Peminat terpaksa membeli album miliknya atau lebih teruk lagi, memuat turun lagunya secara haram.

Tetapi kini kita mendapat berita baik untuk dikongsi kerana Taylor Swift telah mengubah fikirannya!

Setelah boikot selama 3 tahun, dia akhirnya membenarkan kesemua katalog muziknya untuk servis streaming bermula semalam.

Pihak pengurusan beliau juga mengesahkan berita ini melalui Twitter, mengatakan bahawa ianya satu langkah untuk meraikan kejayaan terbaru album 1989 miliknya itu!

Anda kini boleh mencari albumnya di Spotify, Google Play dan Amazon Music untuk menikmati lagu-lagu Taylor Swift sepanjang hari!

Tetapi kami pasti, pihak pengurusan & Taylor Swift bukanlah kembali sekadar untuk berterima kasih kepada peminatnya.

Landskap industri muzik berubah mendadak sepanjang 3 tahun ketidakhadiran beliau dalam servis streaming. Pengguna Spotify meningkat terlalu mendadak sehingga lebih daripada 50 juta pengguna berbayar.

Bloomberg turut melaporkan bahawa servis streaming berbaya kini merupakan satu platform yang menyumbang paling banyak kepada penjualan muzik di Amerika Syarikat.

Pada april yang lalu, Spotify turut mengubah polisi di mana ianya membenarkan artis untuk mengehadkan pengguna yang berbayar sahaja untuk mendengar lagu-lagu baru yang dikeluarkan artis.

Dalam diam kononnya mulia, duit juga yang menjadi pilihan hati ya? Hik hik!

Leave a Reply