Cool, Info Semasa, menarik

Terdapat Lagu Negaraku Baru Versi Rancak Untuk Pelajar Di Malaysia. Apa Kata Anda?

Kepada anda yang belum tahu, terdapat satu lagu wajib terbaru untuk setiap pelajar nyanyikan ketika perhimpunan bersama-sama dengan lagu kebangsaan Negaraku dan juga lagu negeri dan lagu sekolah.

Lagu terbaru berjudul Aku Negaraku ini dirasmikan pada 23 Mei yang lalu di SMK Damansara Utama oleh Timbalan Perdana Menteri kita di mana beliau menyanyikan lagu ini bersama-sama dengan pelajar.

Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, ini merupakan satu inisiatif baru untuk menaikkan semangat patriotik dan memupuk minda positif antara guru dan pelajar.

“Ianya sangat berbeza dengan rentak lebih rancak dan lirik lebih menarik untuk mendapatkan perhatian pelajar,” kata Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof.

Dengan adanya lagu baru ini, setiap sekolah akan menyanyikan sejumlah 4 lagu setiap kali perhimpunan. Kementerian Pelajaran mengatakan lagu ini mestilah dimainkan mengikut turutan seperti berikut:

  • Negaraku
  • Lagu rasmi negeri
  • Lagu rasmi sekolah
  • Aku Negaraku

Inisiatif ini akan memberikan impak kepada 4 juta pelajar dan 400,000 tenaga pengajar di seluruh negara.

Anda boleh dengar lagu ini di bawah ini dan berikan pendapat anda sama ada tentang lagu baru ini.

Comments 1

  1. Hamba Allah

    Pada pendapat saya, ini memang ada baiknya dan ada buruknya. Baiknya di sini, memang mungkin ada pelajar yang akan dapat tingkatkan semangat patriotiknya. Keburukannya pula, budak-budak ni tak suka perhimpunan lama sangat. Berdasarkan reaksi pelajar saya, mereka sangat tidak senang dengan lagu baharu ini. Mereka lebih suka lagu yang mendayu-dayu daripada lagu rancak yang sukar difahami maksudnya. Mungkin pelajar akan lebih suka akan lagu baharu ini dan kurang menyukai lagu-lagu yang lebih penting seperti Negaraku. Mungkin ada orang yang masih tidak tahu betapa indahnya lagu Negaraku ini. Lagu Negaraku dicipta oleh Sultan Abdullah, sultan Perak ketika baginda menjalani hukuman buang negeri kerana dituduh bersubahat dalam pembunuhan Residen British, JWW Birch. Ketika di Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, baginda melihat Perak sambil menyanyikan lagu Negaraku. Untuk sesiapa yang tidak tahu, begitulah bagaimana lagu Negaraku dicipta. Saya juga berasa gembira apabila ada orang yang ingin meningkatkan semangat patriotik kita tetapi saya tidak mahu kita lupa akan lagu yang lebih penting. Semoga semua orang dapat meningkatkan semangat patriotik kita semua.

Leave a Reply