Viral

Tertuduh Ingin Rawat Kesan Melecur Pada Tubuh Pegawai Kadet UPNM?

Suspek utama pembunuhan seorang Pegawai Kadet UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain, ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, yang merupakan rakan baik Zulfarhan.
Untitled-4
Sudah menjadi lumrah bagi pemuda awal 20-an pada era kini untuk aktif di media sosial dan berkongsi tentang aktiviti seharian dengan rakan atau pengikutnya, dan Zuhairi yang berusia 21 tahun seperti Zulfarhan, tidak terkecuali.

Dan akaun-akaun media sosial milik Zuhairi kini menjadi tumpuan Netizen kerana ia seolah-olah memberi bayangan mengenai apa yang berlaku setelah dia dan rakan-rakan yang lain merencana ‘hukuman’ buat Zulfarhan yang dia percayai telah mencuri sebuah komputer riba.

Terdapat gambar-gambar Zuhairi dan Zulfarhan melakukan aktiviti bersama, antaranya aktiviti Warrior’s Chellenge (Cabaran Perwira) di universiti tempat mereka berdua belajar.

Untitled-1

Dari gambar aktiviti-aktiviti yang dimuat naik olehnya, Zuhairi kelihatan seperti seorang pemuda yang normal dan seorang tentera yang berdedikasi dan cergas.

Jadi bagaimana kehilangan sebuah komputer riba bisa menukarkan dirinya bersikap sadistik terhadap rakan sendiri? Inilah yang menjadi persoalan ramai pihak.

Apa yang ditulis Zuhairi dalam dua minggu akhir sebelum ditahan polis atas kematian Zulfarhan juga memberi bayangan kepada apa yang difikirkannya dalam tempoh tersebut.
Untitled-3
Penderaan terhadap Zulfarhan berlaku pada 22 Mei, dan pada 30 Mei lepas, dua hari sebelum kematian Zulfarhan, Zuhairi menulis sebegini:

 


Netizen meneka yang Zuhairi sebenarnya merujuk kepada Zulfarhan, inginkan rakannya itu sembuh lebih cepat. Dari apa?

Zuhairi memiliki satu akaun YouTube dan nampaknya sebelum ditahan, Zuhairi telah menekan butang ‘suka’ dua video mengenai cara merawat kulit melecur.
Untitled-2
Netizen menganggap Zuhairi cuba mencari penyelesaian untuk menyembuhkan kesan melecur pada tubuh Zulfarhan sendiri, tetap enggan membawa rakannya itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada masa ini Zuhairi dipercayai merahsiakan kecederaan Zulfarhan dan menyembunyikan pemuda itu di asrama lokasi penderaan tersebut berlaku dan juga di sebuah apartmen.


Bedah siasat pada jasad Zulfarhan menunjukkan dia memiliki kesan melecur tahap dua dan tiga pada 80 peratus tubuhnya, manakala rusuk kirinya patah. Kesan melecur dengan corak seterika wap ini didapati pada keseluruhan tubuhnya, termasuk di alat sulit.
19113947_274221396382963_8404280414836378177_n

Siapakah sebenarnya yang tampil dengan idea menggunakan seterika panas untuk menyeksa arwah Zulfarhan? Ia sesuatu yang sangat mengejutkan kerana jika Zulfarhan dapat diselamatkan sekalipun, kesan melecur teruk itu sudah pasti meninggalkan parut pada kulitnya.

Zulfarhan, melalui komen yang diberi pada Zuhairi di akaun Instagram memberitahu Zuhairi ialah idolanya.

Bagaimanakah nilai setiakawan boleh hilang lenyap, menjadi tidak berharga hanya kerana sebuah komputer riba, tambahan pula tiada bukti Zulfarhan telah mengambilnya?

Apakah persekitaran yang memaksa seorang tentera seperti Zuhairi untuk menjadi lelaki sejati, di mana dia diberitahu seorang lelaki sejati perlu menyimpan emosi dan bertahan, bukan meluahkan, menyebabkan amarah dan kekecewaan terkumpul dan akhirnya meletus dan dilepaskan pada Zulfarhan pada satu kesempatan?

Hanya Zuhairi tahu jawapannya.-amazingnara.com


Comments 69

  1. Fyyy

    Allahu akbar allahu akbar.. Semoga Allah permudahkan segala urusan, semoga Allah memberi kekuatan.. Hati yang tabah pada setiap ahli keluarga arwah, May Allah ease dunia wa akhirah..

  2. Radiant Junction FB

    Zuhairi nampak tenang dan masih boleh ‘bergembira’ dan ‘enjoy’ kehidupannya seperti biasa, ini menujukkan zuhairi mempunyai mental disorder yg tertentu atau sememangnya seorang psycopath. Wallahu a’lam.

  3. Hamba Allah

    Salam mohon semak fakta tentang patah tulang rusuk, itu disebabkan oleh CPR yang diberi oleh pengamal perubatan sebelum arwah meninggal, jangan mengeruhkan keadaan ya ?, mohon maaf berlaku fitnah dan salah faham.

  4. Anonymous

    salam hamba Allah… mana mungkin cpr d buat boleh menyebabkan patah rusuk kiri since cpr tidak melibatkan tekanan pada bahagian rusuk kiri..

  5. Researcher

    Salam anonymous.. dlm laporan awal rusuk kiri patah disebabkan rawatan perubatan tradisional.. means yg buat rawatan x menggunaka kaedah yang btul.. boleh rujuk smula artikel2 yg lepas dri HM..

  6. Boleh bayangkan kalau saya berada di tempat keluarga arwah.. Sedih bukan kepalang.. Semoga pelaku dibeei hukuman setimpal…

  7. Anonymous

    first time dgr cpr melibatkan rusuk kiri. ke ak terlepas bljr ni..

  8. Anonymous

    Haahhha.tu laaa.first time dgr cpr boleh myebabkn patah rusuk?betol ka?jahil sikit.

  9. Seterika Wap

    Orang baran macam ni jangan dibagi kawen. Mampus anak bini dia kene terajang & seterika kalau mood dia tak baik ??

  10. Sahabat

    Doktor pon boleh confuse. Mmg hebat hamba Allah tu punya bedah siasat

  11. Anonymous

    Kematian yg perlu dituntut….walau pcychopath sekalipun…

  12. Anonymous

    CPR boleh patahkn tulang rusuk??
    Jgn kerohkan keadaan bro….

  13. Anonymous

    Jgn la plak kes ini syap mcm tu je..keadilan wajib dtuntut..

  14. Rusila Ramli

    Apa yg ada dlm laptop hingga sanggup bunuh org…….

  15. Anonymous

    Iyee betul tu. Mungkin admin terlepas pandang dan sebagainya. Tulang rusuk arwah zulfarhan patah akibat cpr, dan cpr tu sendiri dibuat oleh pihak hospital. Boleh tengok balik berita harian metro sebelum ni. Semoga arwah zulfarhan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin.. al-Fatihah.

  16. Okinawa okada

    Ade prono la tu beriya mrh sgt padahal member baik kot bkn nye xknal agak2 laa…

  17. hambaa Allah yang kerdil

    cpr blh pthkan tulang rusuk-dr sendiri ygbgthu..kak sy doktor..kami de sembng psl ni…

  18. Hamba Allah 1

    Betul cakap Researcher..ada keluar dalam artikel HM..silalah baca artikel tu..jangan ditambah dosa..

  19. Anonymous

    Sebelum tengok video how to heal burn tu dia tengok video ultimate beatdown dulu

  20. Anonymous

    Ini bukan kawan… lawan…

  21. Benar ya benar

    Maaf saya katakan,memang betul bila ada kesilapan teknik sewaktu cpr,salah satu kontraindikasi nya adalah patah tulang rusuk.orang yang pernah buat sahaja akan tahu bagaimana keadaan sewaktu cpr dan selepas cpr.

  22. Anonymous

    brkemungkinan bahagian tulang rusuk kiri sudah ada keretakan kesan dr penderaaan itu……ape pn kt doakn yg terbaik utk arwah.

  23. hamba allah yg hina

    brkemungkinan bahagian tulang rusuk kiri sudah ada keretakan kesan dr penderaaan itu……ape pn kt doakn yg terbaik utk arwah.

  24. Anonymous

    Sial punya ISIS!

  25. Anonymous

    CPR mmg boleh patahkan rusuk.. Mentua sy patah tulang rusuk time doc Cuba BT CPR.. Doc sendiri bgtau sy.. Doc minta maaf.. Tp sy ckp..x APA..terima kasih SBB Cuba selamatkan Mentua sy..tp Allah lebih sygkan dia..

  26. Nj

    Ye mmg betul, jika CPR dibuat dlm tempoh yg lama akan menyebabkan patah rusuj

  27. Anonymous

    serapat mcm mn pon kite dgn kawan..hny hal kecik pon kite dianggap musuh..

  28. Lilyn

    Salam semua..iye memang benar CPR boleh membuat tulang rusuk manusia patah sbb doktor pernah minta kebenaran dr sy andaikata diperlu CPR utk arwah bapa yg telah berusia 72 thn yg pada msa itu dlm keaadaan coma

  29. Shakira

    Nilai sebuah persahabatn musnah dek kerana sebuah laptop..

  30. Malak Al-jann

    Kestabilan emosi Zuhairi patut diukur sebelom kejadian dan semasa kejadian….dia pelajar notmal kan?….sudah lepas kejadian sudah pasti jadi jadi psycopat…..hukuman setimpal harus diberi….utk jadi contoh pada pembuli2 diluar sana

  31. Udeng

    Aku takut bukan isu laptop…aku takut ada isu lain yang memaksa dia orang bertindak sebegini…sangat pelik seseorang yang menjadi rakan baik bertindak luar kemanusiaan sebegini. Paksaan orang lain…atau mungkin ada dalang lain….tidak menolak sebarang kemungkinan…

  32. Unsung Paramedic

    Boleh jer terpatah tulang rusuk semasa CPR especially di bahagian kiri.Konsep sekarang ni,kita nak kembalikan degupan jantung, kepatahan tulang rusuk boleh pulih kembali.Tetapi ajal maut kehendak Allah s.w.t. Based on my experiences.

  33. Yun

    Kena buat study case setiap individu terlibat sbb penderaan tu cm org hilang akal…ada ke kaitan dgn trainning mereka or mentality yg diterap pentadbir x kn ambil kisah..what if budak tu x mati…u think anyone cares to take any actions…what make them so berani..and ada kah kes2 teruk lain cmni yg masuk bawa carpet..mereka semua ada family bond,cukup didikan agama asas…cant imagine how that poor boy suffered within 22 May till 1st June…manusia normal takkn buat sezalim tu pd siapa pn lagi2 kwn sendiri..

  34. share

    Karut-marut niii… cikgu tadika pn call makbapak bila budak x hadir bnyk hr… x kn pihak upnm x ambil kesah lngsung kann… betul ke aku ni… mcm ada yg x kene jer ni… agaknya larrrr… sorry

  35. Anonymous

    Kenapa pentadbir dan lain-lain pihak di U senyap?
    Tak kan tak tau langsung?
    Kenapa student tu semua bertindak sebegitu?

  36. Hasnul

    Wow, x kan la ramai x buat latihan CPR? Cpr bukan setakat boleh patah rusuk, tapi organ dalaman pon boleh pecah dan menjadi jeli jika dibuat secara berterusan. Tujuan utama hanya sebagai pengganti jantung utk supply darah ke otak. Kecederaan lain mmg akan berlaku termasuk patah rusuk dgn anggapan ia adalah perlu supaya nyawa mangsa dpt dikekalkan.

  37. Anonymous

    Myb kwn dia ni ada sakit mental…kecederaan tu myb masa baran dia tgh high…lps apa yg berlaku baru rasa bersalah

  38. Aku

    Ya Allah.. Kesiannya.. Kita tgh ion baju terkena seterika panas sikit pun sakit.. Dan melecur ni kan pulak keseluruhan badan… Kejamnya..

  39. Anonymous

    Harap tertuduh semua dikenakan hukuman paling berat.kejam dan tidak berperikemanusiaan.

  40. anon

    entah2 bukan hairi yg buat,kwn laen.. cuma laptop dye jee yg hilang..

  41. NoBody

    Sedikit pencerahan…memang patah tulang rusuk adalah salah satu komplikasi yg boleh terjadi sewaktu CPR..
    untuk artikel & komen2 di atas,,,,kita tak tau cerita yg sebenar. jgn sampai kita melemparkan fitnah.
    jgn lupa fitnah itu dosanya besar..

  42. Anonymous

    CPR memang boleh menyebabkab patah rusuk. Ini adalah fakta.

  43. Anonymous

    Risiko CPR ialah mmg rib / rusuk boleh crack…. Sy keje hospital..sellau jd kes2 rusuk patah mase buat CPR….

  44. Sara

    Allahu .. Xboleh bayang keluarga mereka macam mna. Yg tgok ni menitis air mata apatah lg keluarga dh laa ank harapan ibu bapa . Allah .smoga allah tmpat kn di tmpat org yg beriman . Smoga allah memberi hidayah pada keluarga mangsa

  45. Kesian

    Ada 2 persoalan yg aku belum jumpa jawapan.tolong sapa yg tau
    1-bomoh tu dah dijumpai ke?
    2-laptop tu jumpa tak akhirnya?

  46. sesajer bodoh membuli

    Sekarang baru korang tau pengajar ipt lagi malas dari cg. Tadika. Betul.. bukan susah mengajar org besar. Jgn kawan rapat tu baik.. rapat ada makna tu.. tu aku x suka kwn rapat ni. Blh cayer ke..

  47. Perempuan melayu

    Dia meninggal sebab rusuk patah ke sebab 80% terbakar? Beberapa ekor pelaku tu memang zalim sebab sanggup seterika kawan sendiri. Hanya sebab laptop? Aku rasa nak hempuk laptop kat muka sekor2 tu. Bagi sedar sikit yang seterika tu sebenarnya panas dan kegunaannya untuk seterika baju, bukan manusia.

  48. manusia biasa

    Ramai yg xtahu kaedah CPR tu mcm mna. And yg tahu procedure CPR pon masih berisiko salah teknik. Even buat dkat patung pon susah nk jmpa the exact point 1/3 tulang sternum, inikn dkat mnusia sbenar. Thts y cpr mmg boleh patahkn rusuk. Samada compression trsalah tmpat or compress trlampau kuat. To perempuan melayu: pnyebab kmatian MUNGKIN dsebabkn kmaluan melecur. Dri segi perubatan, bhagian kmaluan dikira sbgai 1% sahaja. Dan manusia still bole survive even 90% bdn trbakar yg xmelibatkan kmaluan. Tapi ntuk lelaki, walaupun 1% tu sahaja yg terbakar or melecur, mmg risiko kmatian sangatlah tinggi. Wallahualam

  49. Doktor Cinta

    Kesian pada sape yg tak tahu cpr boleh patah tulang.. dah tak tahu pegi komen kenapa.. ?

  50. Pencerahan

    tulang rusuk mmg akn patah akibat tekanan (pressure) semasa melaksanakan cpr.. Ia juga blh berlaku disebabkan tekanan yg agk kuat ataupun slh memilih bhgian sternum utk di tekan.. (skdr pencerahan) tulg rusuk mmg blh patah klu buat cpr.. Sekian..

  51. anynomous

    Semoga semua yg mengambil undang-undang di tangan sendiri disabitkan hukum gantung sampai mati mandatori. Aameeen.

  52. janji

    hukum gantung sahaja. hutang nyawa dibayar nyawa

  53. Anonymous

    Memang tulang rusuk boleh patah pon bila buat cpr 🙂 tulang rusuk yg patah akan sambung sendiri secara semulajadi dan tak perlukan rawatan selain pain management

  54. Anonymous

    I tgk tarikh dia tgk video tu 2 tahun lps lah. Maybe dia penah kena iron kot duly tu yg bls dendam iron arwah smpai satu badan tu. Sumber dlmn ada ckp hairi ni lah kepala yg torture arwah. Harap mereka2 dpt blsn setimpal

  55. Heartbreak

    Finger’s crossed for the justice.

  56. Paan

    Anon atas komen ni: Tarikh upload video mmg 2 tahun lepas tp dia like video tu baru je dlm antara tempoh dua minggu lepas.

  57. Mak marah ni

    Afdal klu terlepas hukuman mati, elok 6 j$/&^m tu dihantar ke gaza utk belasah tentera zionis.

  58. rachel

    Pihak UPNM aka lecturers yg mengajar kelas zulfarhan HEP,warden,jaga , kawan2 seasrama..mengapa boleh jd buta tuli dgn kezaliman begini? I can smell something not right been going on for a long time. Kes farhan ni mcm ultimate ..penamat kerana membawa kematian tragik. Terlalu zalim dan pelaku atau pelaku2 seolah2 dirasuk dan penonton2 seakan takut atau terbiasa dgn penderaan melampau sebegitu! Mrk seolah2 mulut ditutup,kaki,tgn terikat. Ya Allah..! UPNM dan kementerian pertahanan wajar dipertanggugjwbkan dgn kejadian ini!

  59. Anonymous

    Lumrah manusia. Kerana stress, boleh hilang akal.

  60. Hamba Allah

    Apa2 alasan pun tak boleh terima..hanya hukuman berat buat si pmbuli..tiada kata2 yg dpt mnggambarkn keazaban yg ditanggung arwah…pemikiran yg waras tak perlu high education..cukuplah ksh syg yg tersemat dlm hati jika benar pembuli kwn baik arwah..nilai psahabatan tiada dlm diri pembuli ini…hanya org yg kejam spt zionis yg sanggup lihat shbtnya diseterika hidup2…bukan satu atau dua bhagian tubuh yg diseterika ..bygkn kesakitan arwah..adakah satu kepuasan pd pembuli melihat wajah mngsa menahan kesakitan wktu itu?…no words can describe..INGAT..nyawa tiada galang ganti

  61. Akoq

    pale konek dia “kawan baik”..macam aku ni baru lahir atau budak2 tak cukup mumayyiz tak tau apa itu “KAWAN”..pandai2 je buat kesimpulan sendiri media2

  62. Haziq

    Semua akaun hairi akmal x dpt diakses..mgkin ditutup??

  63. Haziq10

    Semua akaun hairi akmal x dpt diakses..mgkin ditutup??

  64. Mummyupnm

    UPNM berbeza dgn universiti lain.. UPNM memang tak sefaham dengan ALK( Akademi Latihan Tentera) sehingga kadet upnm..dulu outing pakai baju upnm… Sekarang dah tukar..

  65. Faiz

    CPR patah rusuk kiri. Mohon yg komen tu tampil. Sebab ni dikira fitnah. Sila jangan komen apa apa lagi sebab anda menunjukkan jelas kebodohan dan komen tanpa ilmiah. Boleh datang ke hospital tjg rambutan di mana saya adalah medical oractitioner dia sana. Dan terlibat dalam program BASIC LIFE SUPPORT. Semoga saya dapat memberi pencerahan kepada pemikiran keruh anda.

  66. Anonymous

    Universiti bukan tadika untuk pantau siswa datang atau tidak. Tugas pensyarah mana2 univ didunia ialah mengajar dan pelajar di anggap sudah dewasa untuk memastikan mereka datang sendiri kekuliah dan buat assignment sendir bukan seperti tadika atau sekolah guru pantau. Hujung mei hingga jun pula kebanyakan univ minggu exam tak de lg kuliah. Mungkin yang komen suruh pensyarah pantau pelajar macam budak tadika atau sekolah tu tak pernah masuk univ tak tahu sistem di univ..

  67. ?

    Pengaruh alkohol?

  68. Hamba Allah

    Mana dtg Bowoh tu? Bomoh tu pon kene Carik juga, maner dpt idea nama Farhan, bender kurafat ape die ajar pd budak2 ni hingga Hilang Arah Dan Agama. Carik Bowoh Sampai jumper. Tanye die Ceriter sebenarnye.

  69. massa

    kawan baik kah sanggup buat dan tengok kawan disiksa? mana peri kemanusiaan seorang dipanggil manusia. pooiiii…… pergi mampus lah dia. mudah-mudahan arwah mendapat keadilan tidak didunia pastinya ada diakhirat nanti. Saya doakan roh nya dicucuri rahmat dan dimasukkan dalam syurga Allah. Amiin…… kepada keluarga arwah, saya tau arwah ni anak yang baik dari air muka (dalam gambar) sudah kita nampak, arwah seorang yang prihatin, alangkah ruginya negara kehilangan seorang pegawai seperti arwah. percayalah tentu ada rahmatnya diatas apa yang telah berlaku inilah rahmat Allah yang kita tidak nampak. Bersabarlah…. ini semua ketentuan Nya.

Leave a Reply