Tiada Dalil Sahih Isteri Perlu Asingkan Baju Suami Dengan Anak Ketika Dibasuh

basuh baju

Baru-baru ini terdapat satu isu yang menjadi hangat dibualkan di media sosial, apabila ada yang bertanya mengenai perlunya mengasingkan baju suami ketika membasuh baju. Menurut individu ini, ianya sebagai adab bagi memuliakan suami. Namun, pendapat ini menerima pelbagai respon daripada netizen.

Pandangan ini menerima tentangan daripada ramai pihak termasuklah daripada kaum lelaki sendiri. Malah, mereka sendiri berpendapat agak keterlaluan mahu memuliakan suami sehingga perlu melakukan perkara tersebut.

facebook

Tertarik dengan isu ini, beberapa pendakwah negara turut tampil memberikan pandangan mereka mengenai isu ini. Menerusi laman Twitter PU Azman, dia mengatakan tiada dalil sahih yang meminta isteri mengasingkan pakaian suami ketika dibasuh. Bermaksud, tidak salah untuk membasuhnya sekali.

Advertisement

“Yang viral kata jangan campur pakaian suami dengan anak-anak tu tiada dalil daripada Al Quran dan hadis sohih.”

twitter

Seorang lagi pendakwah iaitu Ustaz Farid Rashidi menjelaskan dengan membasuh baju itu sendiri sudah dikira sebagai memuliakan suami. Itu juga bermakna tidak perlu untuk isteri mengasingkan baju suami dan anak kecuali memang bernajis.

“Viral pasal basuh baju suami pula. Semuanya gara-gara tulisan ringkas yang memberikan bermacam tafsiran pada netizen. Apapun, dalam memuliakan suami itu banyak caranya. Basuh baju pun dah dikira memuliakan suami. Bermakna tak perlu pun asingkan baju suami dan anak kecuali memang bernajis.”

“Dalam sedar tak sedar, isteri dah pun memuliakan suami bila bantu urus rumah tangga, memasak, kemas rumah, mengandung, melahirkan, menyusu, jaga anak siang dan malam, sabar mendidik anak, melayani suami, bekerja pula tambah pendapatan dan lain-lain lagi.”

basuh baju

“Suami perlu bersyukur dan berterima kasih pada isteri. Ucapkanlah padanya dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang. Ingat, isteri kita bukan hamba atau kuli suruhan. Isteri kalau dia dah sayangkan suami, tak perlu suruh pun dia dah buat tau. Hargailah dia sepenuh hati.”

Diharapkan penjelasan yang diberikan oleh mereka yang lebih arif mengenai hal agama ini dapat menjelaskan persoalan yang timbul baru-baru ini.

Sumber

Comments

comments