Info Semasa

TMJ Rasmikan Konsep Stadium Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim


Pasukan Bola Sepak Johor Darul Takzim akan mendapat stadium baru yang serba canggih menjelang tahun 2019.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Rekabentuk dan Konsep Stadium Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang diadakan di Hotel Cenderawasih, Forest City.

Pengarah Eksekutif Country Garden Pacific View (CGPV), Datuk Md Othman Yusof berkata, stadium baharu JDT itu mempunyai keluasan tanah seluas 140,000 meter persegi dan kawasan pembangunan seluas 70,000 meter persegi.

Stadium ini dikatakan mampu memuatkan 40,000 penonton dalam satu-satu masa dan mempunyai padang rumput semula jadi, sistem bunyi yang canggih dan sistem siaran langsung sendiri.

Tunku Ismail semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Rekabentuk dan Konsep Stadium Kelab Bola Sepak JDT
Md Othman Yusof berkata, pembinaan projek tersebut bukan hanya melibatkan stadium baharu, tetapi juga pelbagai aspek pembangunan lain.

Stadium ini juga bakal dilengkapi dengan fasiliti lain termasuk pusat latihan, pusat sukan dan kedai cenderamata yang membawa konsep stadium milik kelab sendiri seperti pasukan besar di eropah.

Jika stadium ini siap, ia merupakan stadium pertama di Malaysia yang dibina untuk kelab bola sepak tersebut.

Leave a Reply