Viral

Tok Lebai Ini Dikecam Kerana Menyokong Tindakan Merogol Anak Sendiri

Seorang individu yang mungkin poser ustak mengeluarkan kenyataan yang sangat bangang hari ini apabila beliau mengatakan tindakan bapa yang merogol anak kandung sendiri selama 2 tahun itu lebih baik dari merogol anak orang lain.

Sementara itu, perogol yang merogol anaknya selama 2 tahun tersebut didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak membabitkan sekurang-kurangnya 600 dakwaan meliwat dan rogol anak perempuannya.

Lelaki terbabit yang berusia 37 tahun, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak dua tahun lalu, selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersama ekoran perceraian dengan isterinya.

Bagi tuduhan meliwat, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 377C, tertuduh boleh dipenjara di antara lima hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Berdasarkan 599 pertuduhan liwat yang dihadapinya, lelaki itu boleh berdepan hukuman penjara berjumlah hampir 3,000 tahun.

Bagi kesalahan rogol anak kandung atau sumbang mahram mengikut Seksyen 376B boleh dihukum penjara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan.

Ditegaskan di sini wahai tok lebai, merogol ini memang salah sekali tak kira engko rogol siapa pun.

Bahkan selepas mendapat kritikan dan kenjaman, beliau bangga kerana friend list telah bertambah.

Leave a Reply