Viral

Tudung Edisi Terhad Duckscarves RM 800 Sehelai Habis Dijual Dalam Masa Lima Minit

Sekiranya anda sering mengikuti trend tudung online, pasti mengenali jenama Duckscarves yang dihasilkan dan dijual oleh Vivy Yusof. Tudung Duckscarves berharga ratusan ringgit, sesuai dengan kualiti premium tudung itu.
DuckscarvesAN

Terbaru, tudung Duckscarves bertema Kuala Lumpur yang merupakan edisi terhad berharga RM 800 sehelai tetapi habis dijual dalam masa lima minit di outlet tudung tersebut yang terletak di Pavilion.


Menurut cerita beberapa orang pengguna media sosial, tudung itu sepatutnya dikeluarkan untuk jualan pada pukul 10.00 pagi ini tetapi ia telah habis dijual sebelum dibuka kerana ada yang telah menunggu di hadapan kedai seawal jam 1.00 pagi untuk mendapatkan tudung edisi terhad itu. Mereka yang datang awal mula mnulis nama untuk memesan tudung tersebut seawal jam 7.00 pagi mengikut giliran.
C18l8kyVQAAf7KF
C18l8kyUsAAQyMe
Ini menimbulkan reaksi ramai di Twitter. Ada yang menganggap ia terlalu mahal dan tidak faham kenapa sesetengah peminat tudung tersebut sanggup berjaga pada pukul 1.00 pagi untuk membelinya. Peminat tudung Fareeda yang pernah popular satu ketika dulu pun kalah.


Apa yang anada perlu tahu, Duckscarves ialah tudung berkualiti premium dan harga itu boleh dijustifikasikan kerana tudung edisi terhad Kuala Lumpur berwarna merah jambu pudar atau dusty pink itu bertatahkan 200 butir batu kristal Swarovski.

;


Ada juga yang mengibaratkan jenama Duckscarves seperti barangan keluaran jemana mewah Hermes.


Sebenarnya betullah. Duckscarves ialah jenama tudung premium menggunakan fabrik berkualiti dan dihiasi pula dengan kristal Swarovski sebanyak 200 butir. Warnanya cantik dan rekaannya unik. Untuk itu, hanya sebilangan saja yang berminat dan mampu membelinya.

Yang nyata, ia bukan disasarkan untuk mereka yang hanya memakai bawal crepe RM 5 seperti penulis. Jadi marilah, walaupun teringin, sesiapa yang tidak mampu, kita mereput bersama-sama di bucu bilik.

Bagaimanapun, bagi mereka yang terlepas peluang membelinya, ia akan dijual untuk fasa kedua pada tarikh yang bakal diberitahu oleh Instagram The Duck Group. Jadi silakan follow Instagram yang dipautkan di bawah artikel untuk maklumat terkini. –amazingnara.com

15802221_369547946743926_2723099270998654976_n

15802376_247660562337790_8979713156263706624_n

15803804_318810971853570_6898582041407782912_n

15875993_628715040645753_4516527938492956672_n

15877408_1600639899952887_3104212060137848832_n

Sumber: Umi Salmah, The Duck Group


Comments 17

  1. Wah menakutkan betul tengok harganya.
    Sesuai sangat dengan kumpulan sasaran mereka yang berduit.

  2. Tejah duck face

    Mak saya kata… ” Orang kalau dah cantik, pakai baju koyak rabak pon nampak cantik… ” Mak saya laaa kataaa…

  3. kaka daya

    baik bg mak duit tu buat tambah² pbelanjaan pegi haji….

  4. Bagus saya belikan mak saya Vivix Twin pack tak sampai rm800
    Free keahlian
    Dpt bonus Cash
    Free post
    Dapat tingkatkan tenaga pasa sel Dari peringkat DNA
    Kromoson pun jadi sihat.. In Shaa dengan z
    Izin Allah. Aamiin

  5. Anonymous

    takpe lahh.. dah diaorg mampu…
    Bawal Exclusive yg harga RM10,000 pon ada yg mampu beli..
    tak payah la kecam2 sangat… tak baik tau buruk sangka

  6. rm800 kira cam reasonable la..aku ingat 1000 lebih..fuhh

  7. Grjovjkddfn

    Arge utk 3 bln byr duit uma..klau prompak tau ni ragut tudung je da kaye…hahaha..kte org biase2 je..x cm korg yg kaye…bdw ayt pompan yg prlekehkn org x kaye 2 kaye sgt ke…

  8. Zaea

    This is too much a price to pay to cover aurat. People tend to lose the sense of purpose why we wear hijabs. For fashion or for akhirah? People will talk about the price, the buyer and the seller. Take that as an advice. Not a judgment or ‘mengumpat’. Islam is not difficult nor expensive. It is free and worth our lives. Humanity, muslim make it hard on others where we should be easing people. You be the judge of it.

  9. massa

    jangan jadi hamba nafsu! orang ada kita pun nak juga. Allah tak judge kita keatas nilai barang yang kita ada. yang penting kita tak susahkan diri. untuk apa ikut trend kalau tak mampu. kewajiban kita menjaga keluarga supaya hidup cukup dalam serba-serbi dan tak minta-minta. bagi yang mampu tu hulur2lah sedekah kepada yang memerlukan. saya percaya banyak saudara sebangsa kita memerlukan pertolongan.

  10. Siti khadijah

    Unnecessary waste of money for just a tudung , extreme wastage which Islam abhors and who initiated it to be responsible totally, all under the pretext to be fashionable , Subhanallah

  11. dakies

    Alah yang kata x kaya duduk diam2 tu mcm la dia kaya sgt.

    =_= kalau kaya pon so what? Allah lagi kaya la.. ^_^

  12. Kak Nom

    Kenapa ye Kena pertikaikan pada harga RM800 Tu…. x paham lah masih ramai orang Kat Malaysia Ni hati Hitam… dengki…. Ni zaman moden…. kepala masih kuno… kenapa Tak blh je happy tgk org lain beli Dan pakai. Kalau harga RM800 Tu terlalu mahal Utk anda… Dok Diam je lah. Mmg RM800 Tu blh buat mcm2 kalau anda pikirkan.. bg mak ayah duit belanja ke.. bayar duit Kereta ke. Tapi yg beratur Dari 1 pagi Tu mungkin diorg bagi mak ayah RM1k sebulan… duit Kereta duit rumah duit tuition Anak semua dah settle…. Tapi masih ade duit lebih Utk diri sendiri… ikut suka hati lah diorg Ni nak bayar berapa pun… sikitpun diorg Tak susah kan u all kan…. #if u have nothing nice to say better not say anything # sekian.

  13. Anonymous

    jangan sombong……

  14. Aminah Ali

    Belajarlah muhasabah diri, mati tu sekali je tapi hidup blh berkali2. Cuma yg bimbangnya bila dihidupkn kembali bukan tudung RM 800 tu yg blh bantu kita tapi menarik kita ke arah hidup yang sengsara & penuh derita di alam kekal abadi. Bkn soal blh beli @ tak blh beli yg jadi persoalan, sekurang2nya masih ada yg sudi mengingatkan & berdakwah wpun hanya sekadar dlm btk tulisan. Menegur & mengingatkan tu lbh baik dan lbh penting daripada diam tanpa niat melaksanakan tugas khalifah Allah SWT. Ingatlah, mati hanya sekali tp hidup Insya-Allah. Hiduplah dgn cara yg dituntut-Nya. Jangan angkuh, bongkak, ujub, riyak & sombong hya kerana tudung RM 800.. Tolong ingat sikit sirah Azazil yg dilaknat & jadi iblis…jgn kita plk termasuk antara sekutunya, Wa nauzubillah.

  15. Anktansri

    Trend untuk mendarjatkan manusia.. ?

  16. Anonymous

    Harapnya..yg beli dan pakai tudung rm800 tu.. kuat ibdah, bnyk sedekah, hatinya baik, mulutnya hanya bnyk berzikir.. semoga dengan memiliki sehelai kain tudung tu.. jiwanya telah aman untuk taat pd perintah Allah.. saya boleh beli tudung tu.tp, saya fikir apa pula pandangan Allah pd saya nanti..iman saya belum cukup hebat u saya memakai tudung semahal itu.. seram, susah nak jaga hati dan iman..

  17. HANI

    Ramai yg buat pengakuan, “ini zaman moden.. setakat RM 800 tu takde apa sangat la ?” kesimpulannya kalau duit minyak naik beberapa sen tak perlu nak melatah kot. Najib ngan Rosmah confirm tahu yg rakyat dia pun bermewah2 jugak. Setakat RM 800 takde hal. Jadi tak perlu tambah dosa lagi pada Najib/Rosmah ? apa2 pun Islam dah bg garis panduan. Bersederhanalah. Setiap perbelanjaan akan dihisab. Siapa nak ikut siapa tak.. nanti masing2 jawab pada Allah ? kita tegur secara berhemah sudah.

Leave a Reply