Viral

Tular Video 8 Saat Di Media Sosial. Gadis Ini Tutup Account Media Sosial Kerana Dikecam

Norsuziyana Natasya Mohd Hasim menjadi sensasi media sosial beberapa hari lalu kerana video 8 saat beliau dengan muka cute yang disiarkan melalui satu siaran tv dikecam netizen.

“JURUGAMBAR suruh saya buat muka ‘cute’, senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen.”

Demikian ulasan beliau setelah dihunbungi oleh salah satu surat khabar.

Video yang berdurasi lapan saat tersebut memaparkan wajahnya tersenyum, mengenyit mata dan melambai ke arah kamera tular di media sosial beberapa hari lalu.

Gaya yang menarik oleh Norsuziyana dikatakan mencairkan hati netizen sampai ada yang memuji kerana kacantikkanya namum tidak kurang juga yang mengecam beliau sehingga beliau terpaksa menutup akaun Facebook, Twitter dan Instagram.

“Ada yang mengecam hanya disebabkan kehadiran saya pada majlis itu dan dikaitkan dengan isu politik.

“Saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai anak menemani ibu, Roslina Karim, 57, yang mahu ke sana. Ayah saya dah lama meninggal dunia,” katanya yang mempunyai darah campuran Cina sebelah bapa.

Dia ketika itu bersama ibunya menghadiri Hari Peneroka Felda 2017 dua hari lalu di Putrajaya untuk menerima insentif peneroka yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Terus terang saya katakan, saya menangis membaca komen yang negatif itu. Saya mengadu kepada ibu dan memeluknya sambil bertanya, adakah saya sudah memalukannya?

“Ibu jawab, ‘tidak, mak bangga ada anak macam kamu. Anak yang kuat di luar dan tersenyum, tetapi di dalam, air mata yang keluar’,” katanya yang berasal dari Felda Jengka 21, Pahang.

“Mulut orang saya tak boleh tutup. Saya reda dengan semua ini dan kakak beritahu, saya kena terima kerana ini semua dugaan.

“Sejujurnya saya tak pernah alami situasi macam ini. Orang di luar tak kenal saya, tapi ibu, adik beradik dan kawan-kawan saya kenal saya macam mana,” katanya.

Beliau juga sedia menerima jika ada yang menawarkan beliau untuk masuk ke bidang peragaan kerana beliau memang berminat dan keluarga juga mengizinkan jika ada tawaran.

// Rezeki kau la dik, kalau ada orang nak bagi jangan tolak rezeki tapi dah bergaya tu jangan la songlap karya orang pulak. Macam sorang minah tu lah.

Berikut merupakan video yang diviralkan di twitter

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply