Viral

Tunjuk Berani Hancurkan Kedai Ala “Gangster”, Digi Ambil Tindakan Undang-Undang?

Foto dan video yang menjadi di viral media sosial menunjukkan seorang lelaki telah datang ke dua pusat perkhidmatan Digi yang berbeza di Sibu menunjukkan rasa tidak puas hati sebagai tanda protes.

Dalam rakaman video memaparkan insiden yang tidak wajar seakan samseng yang ditunjukkan lelaki berkenaan menggunakan batang golf untuk merosakkan kedai Digi dalam serangannya.

Memetik laporan media tempatan, lelaki berkenaan tiba di kedai Digi di Medan Mall pada kira-kira 1:50 petang dan terus melakukan serangan itu.

Beliau kemudian meneruskan perjalanan ke Keranji Road untuk merosakkan kedai Digi seterusnya. Di sini, ahli-ahli kakitangan turut menyaksikan dia meletakkan sebuah kereta hitam berhampiran sebuah kedai kopi.

Televisyen litar tertutup (CCTV) jelas merakamkan kedua-dua adegan yang berbeza mengesahkan bahawa orang yang sama telah menyerang kedua-dua cawangan.

Dilaporkan bahawa terdapat seorang pengawal keselamatan di salah sebuah premis cedera ringan di telinga kanannya.

Bagaimanapun, menyedari tindakannya itu disaksikan beberapa orang, penyerang berkenaan lantas meninggalkan kedua-dua kedai tersebut dalam keadaan kucar-kacir dan meninggalkan kerosakan yang telah dilakukan tanpa rasa bersalah.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan dilaporkan berjaya ditahan oleh pihak polis di rumahnya di Belian Lane, Sibu kira-kira jam 5 petang semalam, berikutan hasil maklumat orang awam.

Ketua Polis Sibu ACP Saiful Bahri berkata, suspek berusia 30 tahun yang bekerja di sebuah pub.

Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Masyarakat perlu tahu, tak kira betapa kecewa macam mana sekali pun atas sesuatu perkara, janganlah bertindak melulu atau melakukan tindakan dalam bentuk keganasan. Kelak makan diri sendiri. Gunakan saluran yang betul dan bukan lagak kurang ajar.

Sumber

Leave a Reply