Uncategorized

Uber & Grab Bakal Perkenalkan Butang Panik Yang Disambung Terus Ke Polis Melalui Aplikasi Tersebut

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), semua servis tumpang kereta seperti Uber dan Grab akan patuh kepada permintaan kementerian untuk meletakkan butang panik yang akan disambung terus kepada polis melalui aplikasi telefon itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, ini adalah satu langkah yang digunakan Uber di India untuk memastikan keselamatan penumpangnya.

“Uber contohnya sudah bersetuju dengan terma kita. Kami juga telah menekankan untuk mereka mengkaji perilaku pengguna termasuklah mengkaji latar belakang untuk lihat jika pengguna servis ini mempunyai rekod jenayah, katanya kepada New Straits Times.

Satu perjumpaan telah diadakan antara SPAD dan pemberi servis tumpang untuk membincangkan isu ini, dan kedua-dua pihak bersetuju satu langkah keselamatan perlu diterapkan.

Bukan itu sahaja, syarikat-syarikat ini perlu menghulurkan maklumat terperinci pemandu mereka kepada SPAD bermula 16 Jun nanti. Semakan lanjut akan diadakan antara pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap maklumat yang diterima.

Syarat yang dibuat oleh SPAD perlu dipenuhi sebelum mereka boleh menerima permit untuk beroperasi secara sah.

Keputusan ini dibuat setelah pihak polis semakin banyak menerima laporan jenayah yang melibatkan servis Uber dan Grab baru-baru ini.

Termasuklah baru-baru ini kes seorang wanita mengandung dirompak dan ditinggalkan di tepi jalan di Puchong ketika menggunakan servis Uber pada 21 Mei yang lalu.

Leave a Reply