Info Semasa, Manusia, Tips

Umat Islam Kembali Solat Dalam Masjid Al-Aqsa

Ulama Islam di Baitulmaqdis pada Khamis mengumumkan umat Islam kini dibenarkan kembali menunaikan solat di dalam Masjid Al-Aqsa.

Ia selepas dua minggu masyarakat Muslim berdepan tekanan angkara Israel yang menutup serta memperkenalkan langkah keselamatan di masjid berkenaan.

Saluran 2 Televisyen Ibrani melaporkan, Mufti Baitulmaqdis dan Waqaf Jordan, Mohammed Hussein, memberitahu status quo Masjid Al-Aqsa telah dikembalikan.

Pengumuman itu dibuat, beberapa jam selepas pihak rejim Israel membuka semula alat pengesan logam dan kamera pengawasan yang dipasang di pintu masuk masjid.

Sepanjang dua minggu lepas, ratusan umat Islam solat berjemaah di luar tapak masjid sebagai membantah langkah rejim zionis itu.

Alat pengesan keselamatan yang dipasang ekoran serangan maut berjaya membunuh tiga anggota polis rejim Zionis, mencetuskan bantahan besar-besaran.

Tapak masjid berkenaan terletak di Baitulmaqdis Timur yang ditawan Israel dalam perang 1967 dan sejak itu Israel mula menuntut hak mentadbir wilayah berkenaan namun ia tidak pernah diiktiraf di peringkat antarabangsa. – BERNAMA

Comments 1

  1. Alina

    The photo of the mosque in article above is not Al-Aqsa mosque. That’s the Dome of the Rock. Al-Aqsa mosque is located a few metres away from Dome of the Rock.

Leave a Reply