
Setiap kali menjelang ramadhan, saya tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika dalam bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu memanggil kami (3 orang anak perempuannya dan 2 orang anak lelakinye yg masih bujang“ Total adik beradik 6 seorang dah kawin and duduk with husband) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah. Ayah pula sudah meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan
Baca artikel ini sepenuhnya ye ~~
Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie….dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik . (anak no.5) & (Saya anak bongsu yg ke-6) Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama. Betul tak?
.
Ateh & Acik : Betul…. mestilah ghumah ibu dulu………
.
Ibu : Dengar dulu….contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
.
Ateh & Acik : Ghumah ibulah …..
.
Ibu : Tidak…….ibu tidak izinkan kamu balik ke sini………baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu……..ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun
.
Ateh : Mengangguk…… (tanda faham ler tue…… dia nie banyak ikut perwatakan ibu….penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit,sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut….diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga)
.
Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh……kena gilir-gilirlah baru adil (dia nie memang kaki bangkang pun…..outspoken skit kalau dia tak puas ati)
.
Ibu : Ingatlah…..jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti… taatlah pada suami dan mentua ……..
.
Acik : Macam kaum h**** lak…Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak
.
Ibu : Bukan macam tu……islam tu indah…….setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu…..dan seperkara lagi…..untuk menjaga suami tidak sesusah mananye… hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM……JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA InsyaAllah dia tak akan ke mana…..kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga…
Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala…
Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan seorang pemuda yang yatim piatu……jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak berkahwin dengan pemuda yang masih mempunyai ibu- bapa…Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di KL)…
Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar…
Ibu :Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
Abang ipar :Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).
.
Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
.
Abang ipar : Tidak bu…….saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
.
Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
.
Abang ipar : Mereka tiada halangan.
(dalam hati saya rasa terkilan……….apalah ibu nie….biarkan jerlah Acik nak beraya disini)
.
Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu.
(abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu….lama gak ibu bergayut dengan besannya).
Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata)
Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.
Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal dirumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.
..
Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain….
(tak bo leh cerita panjang………dah masuk bab mengumpat lak…….).
Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.
Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga……masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri……
sempurna kah sudah aku sebagai seorang menantu?
Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah ?……
berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu????????
Ya Allah…..
berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai…..
Aminnnnnn
.
Moral of the story Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2.
Buat anak lelaki,tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya.
Buat para isteri a.k.a anak perempuan , jangan sampai jadikan suami anak derhaka…

alhamdulillah….x der masalah nak blk kg….sebab kitorang satu kawasan cuma kampung lain2….lagipun masing2 dah kehilangan mak……
harap2 aku kawen sok takde la nk gaduh psl isu blik kg tyme raya nih..
nasib baik rumah mak ngn bakal mak mertua dekat.kalau jauh pun, skype kan ade
ku pn same..arap law kawen t jgn la gado2 al blk kg ni!
nice entry!
sangat berguna. harap2 dapatla suami yang memahami n tolak ansur
Yeap, btul x3 entri baek untuk cara2 mengurangkan pergaduhan time balik kg tp husband and wife masing2 kene la bertolak ansur.. Takkan la tiap raya sebelah pihak je yang kene dulu, bertolak ansur tambah muafakat.
betul tu..alhamdulillah emak saya juga berpesan jangan le jadi pergaduhan hanya kerana nak balik kg..mak saya juga x kisah saya akan balik kerumahnya bila sekali pun ..tapi mujurlah suami saya juga memahami saya ni adalah anak sulung..kami balik ikut giliran setiap tahun ..lagi pun mertua tinggal di KL saja..dan mak saya di SLIM RIVER ,PERAK..x jauh sangat pun..tahun ni saya akan beraya di rumah sendiri dulu kemudian ke rumah mertua dan seterusnya ke kg saya..untuk semua SELAMAT BERHARI RAYA..
Alhamdulillah, tak pernah paksa suami…..pastu Alhamdulillah dapat mak mertua yg sangat2 baik……so balik jerk laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kampung mak mertua beraya bersama tahun nih…yeyeyeyeyeyeye
Hi, this is an interesting article. Indeed, almost in all culture in Malaysia, as far as I know, a daughter always nurtured by her parents to be a responsible wife who obeys and respects her husband and her parents in law. Bravo for publishing an article that have some moral values.
However, I would like to highlight something that might have some misleading information from the following sentence:
“Acik : Macam kaum h**** lak…Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak”
If in the dialog, you meant to say “kaum h****”, where most will assume it as “kaum Hindu”, then, the information is misleading. There is no such thing in Hinduism that refrain wife to visit her parents after her marriage. Of course the priority is on the husband’s side but it is all based on mutual understanding and not in Hinduism or Indian culture at all.
I just would like to highlight this matter so that others won’t have a wrong concept about Hinduism and Indian culture.
Thank you
senang2 cari org yg dok satu negeri, tempat. lagi senang. takde ah nk gadoh2
mages: tq 4 da info =)
aku pun terfikir gak bende ni , tapi dah bincang ( bincang men2 ) . Aku raya rumah mak aku , isteri aku raya rumah mak die ^^ dua2 pihak x kecik hati , sbb anak kandung balik , huhuhuhu .
salam…minta izin share yer…cerita yg mat menyentuh kalbu…
aku gak yg sdih..tiap kali raye di arab jer,dh nyer sini umah mentua n husband aku..udah le lemang xde,music raye..huhuhu…
aisey… kalo ditakdirkan bakal suami aku same2 yatim piatu jugak…
mane agaknye arah tuju kami nak beraya kan?
insaf wei…
NASIB BAEK RUMAH MAK MERTUA DEKAT…KALAU MAK MERTUA MENUMIS JER..DAH TAHU LAUK APA DAH YANG DIA MASAK HARI NI..HAHAHA
ceritanya penuh dengan nasihat…..penuh dengan kata2 yang indah…..begitulah kasih seorang ibu..
huhu..nk kawen dah tahun nih..tp dah book cuti raya umah mak sy dlu..hehehe…
dah 10tahun kami kawen, setiap tahun raya pertama di rumah mertua tanpa sebrg pertelingkahan. salah satu alasan yg diterimapakai beraya di rumah mertua hanya utk sehari/2hari sahaja dan selebihnya di rumah mak. berkat kesabaran seorg ibu menantikan kepulangan kami untuk beraya bersama insyaaallah akan terkabul. alhamdulillah..tahun ni suami mengizinkan saya beraya di kampung!!
x kawen g…
tp, insylah bla kawen nnt..
blh mnjd sorng yg sbr mcm crta d ats….
Tol tu..penting bertolak ansur, jgn le gaduh2. mmg tak dinafikan seronok beraya di kg sendri bersama2 keluarga tp kena gak fikir pasangan kite kan kan kan..
alhamdulillah aku xde mslh bab2 blk kg mase raya sbb family hubby non muslim, xsambut raye… so ble aa bagi2 smm masing2 ade perayaan masing2…
harap2 nnt law dah mendirikan umahtanngga nie,tkde lerr kecoh2 psl nk blk kmpung ni… insyaAllah aku akn biijak dalam menguruskan umahtgga nie…Amin..aku akn patuh sgala printah suamiku asal tdak melanggar hukum syarak kan…aku berdoa gak aku dpt suami yg memahami n dpt membimbing aku utk menjadi isteri yg solehah…best rrr crita kt ats….huhuhuuuhhhuuhuhuh menyentuh kalbuku..