Info Semasa

Uruguay Mula Jual Ganja Di Farmasi Seluruh Negara

Kerajaan Uruguay telah memberi kebenaran untuk Farmasi menjual ganja sebagai fasa terakhir pelaksanaan undang undang menjadikan negara itu antara negara pertama di dunia yang membenarkan penjualan ganja di Farmasi.

Menurut undang undang yang diluluskan pada 2013, rakyat Uruguay dibenarkan menanam pokok ganja dan menggunakan ganja di Kelab yang mendapat kebenaran oleh kerajaan. Untuk menggunakan ganja, rakyat Uruguay perlu mendaftar untuk mendapatkan lesen membeli ganja melalui Farmasi atau Kelab yang menyediakan perkhidmatan penjualan ganja.

Setakat ini hampir 4,700 orang rakyat Uruguay telah mendaftar dan mereka merupakan golongan dari berumur 30 hingga 40 tahun. Uruguay mempunyai 3.4 juta penduduk dan 6,600 rakyatnya teleh mendaftar untuk menggunakan product yang bersaskan ganja.

Ini membolehkan rakyat Uruguay menanam pokok ganja di rumah dan sudah wujud 51 buah Kelab ganja yang mendaftar untuk menggunakan herba tersebut

Kerajaan telah menubuhkan Institut Peraturan dan Kawalan Ganja (IRCC) untuk mengawal kegunaan ganja di negara tersebut. Badan itu hanya meluluskan 2 jenis pembukusan ganja untuk dijual secara komersil iaitu paket lima dan sepuluh gram.

Hanya 2 syarikat sahaja diberi kebenaran untuk memproses ganja untuk dijual secara komersil kepada Farmasi. Dua syarikat tersebut dikawal ketat oleh pihak tentera dan orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan pusat pengeluaran.

Uruguay juga memastikan tidak akan berlakunya ‘pelancongan ganja’ seperti yang berlaku di Amsterdam. Hanya rakyat Uruguay dan penduduk tetap sahaja dibenarkan menggunakan ganja di bawah akta baharu penggunaan ganja yang dibuat.

Undang undang ini dibuat oleh Uruguay bagi memastikan Uruguay bebas dari pasaran gelap yang menjual dadah dengan harga yang tinggi. Ia juga merupakan satu langkah untuk meningkatkan industri dimana waste product dari ganja boleh memujudkan pelbagai industri pembuatan untuk tujuan komersil.

Leave a Reply