Viral

(Video) : 4 Pak Guard Tumpaskan Lelaki Berbadan Sasa Buat Netizen Tertarik.

Video pergaduhan dikatakan tercetus di sebuah kondominium menarik perhatian netizen apabila seorang lelaki berbadan sasa dijatuhkan oleh beberapa pak guard di bangunan terbabit.

Menerima gelaran ‘petarung MMA’ oleh pemuat naik video, lelaki itu mulanya bertekak dengan seorang pengawal berbadan kecil sebelum berlakunya insiden kekasaran dan pergelutan.

Insiden itu menyebabkan tiga pak guard lain segera ke tempat kejadian.

Video menjadi viral di media sosial seterusnya tampil pelbagai komen dari netizen sebelum seorang lelaki yang menggunakan nama Darriush Kha Lili mendakwa dirinya merupakan lelaki di dalam video itu tampil mempertahankan diri.

Leave a Reply