Cool, Iklan, Inspirasi, kagum, Kreatif, Lawak, Macam-Macam, menarik, Video, Viral

[VIDEO] 5 Iklan Raya Paling Cool & Awesome Untuk Raya 2017!

Tidak sampai seminggu lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dinanti-nantikan oleh ramai orang Islam di Malaysia.

Jalan raya semakin sesak, orang ramai berpusu-pusu di pusat membeli belah dan semua orang sudah mula membuat pelan untuk pulang ke kampung!

Bukan sahaja makanan-makanan yang awesome seperti ketupat, lemang dan rendang bakal muncul di mata kita di musim perayaan ini, tetapi juga iklan-iklan Hari Raya yang cool!

Seperti biasa, setiap kali perayaan, banyak syarikat yang berebut untuk cuba menghasilkan iklan yang viral!

Di sini antara iklan-iklan video yang kami rasakan cool dan awesome untuk Hari Raya Aidilfitri 2017.

#1 Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Pelakon yang betul, jalan cerita yang menarik dan gambar yang yang menarik memberikan impak yang umph kepada iklan Hari Raya TNB ini. Iklan yang menceritakan kisah bagaimana Aida terpaksa mengharungi dugaan dan musibah yang menimpa tanpa henti untuk memenuhi kehendak keluarga dalam menyambut perayaan Aidilfitri.

#2 Astro

Berdasarkan cerita sebenar seorang bapa berumur 52 tahun, Mohd Adli, yang membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk memberikan fokus penuh terhadap anaknya yang autistik, Muhammad Luqman Shariff, 18 tahun.

#3 Maxis

Apa yang berlaku jika dua orang insan sudah hilang rasa sayang? Sesetengahnya bercerai, ada juga yang berpura-pura di hadapan orang ramai. Cerita pendek ‘Wayang Sayang’ ini memberikan ilustrasi ke atas perjuangan satu pasangan untuk terus mencintai antara satu sama lain demi menyelamatkan perhubungan mereka. Adakah mereka akan berjaya?

#4 Pelaburan MARA Berhad

Sketsa Hari Raya yang dihasilkan ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Faizal Hussein, Umie Aida and Que Haidar yang menceritakan tentang anak-anak yang menjadi yatim piatu sehari sebelum raya. Disulami dengan mesej yang mendalam tentang ajaran agama yang mendidik kita agar ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab walau seberat mana sekalipun.

#5 Hypp Inspirasi

Plot cerita putar belit yang melibatkan pergaduhan dua orang adik beradik. Mereka sampai tahap sanggup putuskan hubungan silaturrahim semata-mata kerana seorang wanita. Tetapi siapakah yang berjaya memenangi hati wanita tersebut?

Korang tengok lah sendiri. Chinggey punya hal!

Leave a Reply