Iklan, Info Semasa, Macam-Macam, Manusia, Sukan, Video, Viral

[VIDEO] Aksi Gerard Piqué Untuk Suntingan Iklan Nike Di Jepun Dianggap Kurang Ajar

Gerard Piqué dilihat menikmati masanya di Jepun, tetapi pengguna Internet di Jepun pula berang dengan perangai beliau.

Pemain bola sepak Sepanyol, Gerard Piqué, yang juga merupakan ahli kelab bola sepak FC Barcelona dan ahli bola sepak negara Sepanyol, baru-baru ini berkongsi satu video dirinya yang diambil di Jepun. Dalam klip tersebut, Piqué dilihat sedang berdiri dengan sarung kaki di atas satu rumput tiruan.

Seseorang menyepak bola ke arah beliau dan Piqué mula menimbang bola di keliling sekumpulan jurukamera. Orang ramai di situ dilihat seperti sedang membuat suntingan video untuk syarikat sukan Nike, kerana kapsyen dalam Twitter yang menulis, “Terima kasih @Nike Jepun kerana pengalaman ini.”

Walau bagaimanapun, pengguna Internet di Jepun merasakan aksi beliau itu kurang ajar kerana setelah menimbang bola lebih kurang 25 saat, atlit pro tersebut menyepak tinggi bola ke langit dan telah jatuh ke kawasan kaki lima dengan jauhnya.

Secara terang-terang niat beliau adalah sengaja, kerana bola tersebut dalam kawalan beliau. Selepas menyepak tinggi bola tersebut, anda dapat lihat bangunan NTT Docomo Yoyogi yang terletak di Tokyo, yang secara tidak langsung memberitahu kita beliau membuat perkara tersebut di salah satu kawasan paling padat di dunia.

Beliau tidak kelihatan menyesal malah tergelak-gelak. Anda dapat lihat yang pekerja di situ meluru ke tepi bangunan untuk melihat ke mana arah bola tersebut kerana takut sesiapa tercedera atau merosakkan harta benda.

Orang ramai di Jepun memberi komen marah kerana merasakan perkara itu tidak boleh sama sekali dijadikan jenaka. Komen termasuklah yang berbunyi seperti ini:

“Apa kau nak buat kalau kena orang sampai cedera?”
“Apa yang kau gelak?!”
“Wow. Kau memang kurang ajar.”
“Nampak gayanya panas terik buat otak kau cair.”
“Aku dah lama rasa kau ni orang yang keji.”

Ada juga pengguna Twitter yang mengkeji beliau dalam bahasa Sepanyol dengan memanggil Piqué ‘anak gampang.’

Dalam video tersebut dapat dilihat beberapa orang Jepun turut ketawa kecil. Dalam budaya Jepun, ketawa kecil dilihat sebagai cara terakhir untuk mengelakkan pergaduhan, namun ramai juga yang memberikan komen bahawa reaksi pekerja di sana adalah tidak sesuai.

Leave a Reply