kagum

(VIDEO) Bagaimana Proses Hasilkan Pedang Katana Standard Samurai

Menurut lagenda Jepun, pedang Jepun dicipta oleh tukang besi bernama ‘Amakuni’ pada 700 CE, bersama denga proses lipatan besi. Pada masa yang sama istilah samurai telah mula digunakan.

Pada abad ke dua puluh, perang saudara meletus selepas tempoh kemerosotan yang lama. Selama lima dekad, Jepun mempunyai zaman kegelapannya sendiri, dipenuhi dengan perperangan dashyat yang berterusan. Perang Onin (1467-1477) mengrevolusi senjata dan perisai Jepun, ke tahap yang sehinggakan ia dianggap lebih berkualiti berbanding yang dibuat masa kini.

Pedang Jepun dan senjata bermata yang lain sering dihasilkan melalui kaedah rumit memanaskan, melipat, dan mengetuk logam berulang kali. Kaedah ini berasal daripada penggunaan logam tidak tulen, akibat suhu rendah yang terhasil pada kaedah peleburan logam pada masa itu di situ.

Untuk mengatasi masalah tersebut, dan untuk menyeragamkan homogenize kandungan karbon pada bilah (memberikan sesetengah bilah ciri-ciri pola berlipat), kaedah melipat dimajukan (untuk perbandingan lihat pola kimpalan), dan didapati agak berkesan, walaupun memakan tenaga manusia yang banyak. Berbeza dengan kepercayaan popular, kaedah ini tidak menghasilkan bilah yang mempunyai kekuatan tambahan. Proses melipat mata bilah berulang kali bertujuan menulenkan logam.

Katana merupakan pedang yang paling ringan di dunia. Dimana pedang lain dari arab hingga eropah mempunyai rekaan yang berat untuk memotong, pedang katana menggunakan tujahan untuk memotong sesuatu.

Seni pertukangan yang kreatif dari jepun ni menjadikan pedang katana antara pedang yang ringan, tajam dan tahan lasak di dunia.

Leave a Reply