(Video) Bayi Berumur 1 Tahun Demam Panas Selepas Warga Emas Sengaja Batuk Pada Mukanya

warga emas

Seorang bayi lelaki mengalami demam panas setelah seorang warga emas dengan sengajanya membuka topeng muka dan batuk padanya di sebuah kafe. Ibu bayi berusia satu tahun itu, Mireya Moya memberitahu bahawa anaknya mengalami suhu badan tinggi selepas kejadian pada 12 Jun itu.

Rakaman CCTV dari tempat kejadian menunjukkan wanita itu batuk pada bayi itu sebanyak dua atau tiga kali. Polis percaya insiden itu sengaja dilakukan kerana warga emas itu kecewa melihat keluarga Moya gagal menjaga jarak sosial ketika di dalam kafe. Manakala Moya percaya kejadian itu sebenarnya adalah bermotifkan rasis.

“Ia berlaku dengan begitu cepat sehingga saya terkejut. Dia semakin dekat, menanggalkan topengnya dan batuk tiga kali dengan kuat di muka anak saya.”

rakaman cctv

Dia percaya warga emas itu sengaja melakukannya sebaik sahaja dia bercakap dalam bahasa Sepanyol dengan neneknya. Berdasarkan pemerhatiannya juga, semasa kejadian itu keluarga dihadapannya adalah orang berkulit putih manakala mereka sekeluarga merupakan orang Latin.

Advertisement

Moya masih belum melakukan ujian saringan coronavirus untuk anaknya walaupun bayi itu sekarang nampaknya sedang pulih dari demam yang dia alami. Rakaman kamera pengawasan kejadian menunjukkan Moya dengan cepat menarik penutup ‘stroller’ anaknya bagi melindunginya dari serangan batuk itu.

Warga emas yang disyaki berumur lingkungan 60 tahun itu kemudian segera keluar daripada kafe berkenaan selepas itu. Buat masa ini, polis sedang memburu wanita terbabit bagi menyiasat kejadian ini sebaik sahaja menerima laporan daripada pihak pengurusan kafe.

Anda boleh tonton video penuh di bawah ini.

Comments

comments